Sultana Scones
Salam Isnin untuk semua, kejap kan, dah habis 1 minggu, masuk pulak minggu baru....pantas sungguh masa sekarang ni. Ok hari ni mat share resipi "sultana scones" yang resipi dia mat ambik dari blog "Kak Mon Brunei" (terima kasih Kak Mon"), seorang wanita yang begitu rajin dan berbakat besar, sentuhan nya berseni...Di Brunei, kak mon ni femes, hasil kerja tangan dia tidak boleh disangkal lagi, sungguh halus dan berkualiti, boleh jalan ke blog kak mon di sini...... Exceli mat nampak dah lama resipi ni, cuma nak buat tu macam malas...Tadi masa chat2 dengan kak ummi kuantan, ada terlepas cakap nak buat scones kak mon, sebab dah terlepas cakap baik lah buat, kalau tak nanti orang kata, hangat2 taik ayam jeee.....i don like that!!!!...

Sultana Scones
Mat buat 1/2 dari resipi asal diblog kak mon ku ituu, tapi kan mat ada kurangkan sikit susu, yelah kita buat ni kan ikut kesesuaian memasing. Sedap dimakan bersama jem (mat guna jem tanpa gula), mentega atau cream cheese (sah2 body jadi gebu lepas tu). Hidangkan bersama english tea (alaaa, aku belasah dengan teh boh jeee..), nak nampak formal guna pulak tea set yang lawa (kalau tak de koo hentam je mug hadiah ubat gigi...sapa ada kesah..tul tak..), lepas tu makan leer, pelan2 jangan pelahap sangat nanti tak dapat menikmati keenakan, keharuman dan kesedapannyaa...pitam ke u all baca?...hahaha, ok..ok. jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega, didadu kecil dan sejukkan dalam peti sejuk
90 g telur (pecahkan 2 biji telur, kocok sedikit dan timbang, simpan bakinya)
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
200 ml susu cair (kurang lebih)*
1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan)
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan sultana (kismis kuning)
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas satukan mentega sejuk, tepung dan gula halus, ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti kasar. Tuang atas meja kerja. Masukkan sultana dan gaul rata.
  3. Masukkan telur tadi dan gaul rata. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga bancuhan bersatu (jangan risau jika susu berbaki). Memang adunan kelihatan melekit2.
  4. Tabur sedikit tepung pada meja kerja dan juga adunan tadi. Rata2kan sehingga mendapat 2/3 inci tahap ketebalan. Terap dengan acuan bulat berukuran 3 inci (mat guna acuan bentuk "Chenta"...hehe). Perlahan2 alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu baki telur (campur dengan sedikit susu cair) atas setiap scones. Bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasa dan scones kelihatan merekah pada permukaannya. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....