Marble Cake
Assalammualaikum semua dan salam pagi Sabtu....Aduhh legaaaa...sebab apa tau, semalam mat 1 hari tak dapat 0n-line, server kawasan mat ni down gila babi koo, mencii nyaaa...ibarat makan nasi tak bersambal belacan. N3 hari ni sepatutnya semalam dah letak, tapi sebab masalah teknikal tu, kenalah letak pepagi ni. Ok back to the real story....Hari ni mat share satu resipi yang begitu sinonim dengan mat gebu, Marble Cake (resipi asal "Trio Marble Cake")....sebab apa..sebab resipi kek ni mat dah buat banyak kali dalam blog...ada tu sampai dok kata, "Cik Mat, idea ko dah habis ke, asyik ulang tayang memanjang"...hahaha apa nak buat dah yang tu je aku buat masa tu, jadi letak jee lahh..Asal kek ni dulu mat letak resipi di "MyResipi" dan feedbacak dia kan sungguh memberangsangkan, lebih kurang 90 yang mat tau telah memberi feedbacak bergambar...klik sini.... Oh yea, kek ni mat buat dengan anak dara ku (anak buah) yang paling besar (usia yeaa..), tak lupa juga happy belated anniversary untuk abang mat dan isteri...Haji Hamzah Ibrahim dan Hajjah Azizah Din, may Allah bless both of you...aminnnn.... Ok sebab mat rajin sangattt, jadi aku tulis resipi dia yeaa..jadi yang mana macam loya2 tu..pi muntah dulu, maklumlah resipi ulangan....

BAHAN-BAHANNNYA :-)
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog.
CATATAN MAT GEBU :- Ok, kalau nak buat Trio Marble Cake, adunan tu bagi 3 dan letak warna kegemaran anda, dan buat kaedah yang sama juga semasa mem"marble" kannya. Jika menggunakan tin atau acuan kek warna hitam, turun kan suhu tadi kepada 160C semasa membakar kek, kerana tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi. Jika kek nampak gelap tapi masih belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Jangan bukak oven dalam tempah 30 minit masa membakar, nanti kek bantut.... Selamat mencuba...