Light Strawberry Cheese Cake
Salam Jumaat yang mulia, buat apa petang2 macam nie, cuaca kat kampung mat ni pun mendung jee.. Ok, hari ni kan saja lah nak try test satu resipi ni. Excelikan mat buat ni jika anak2 buah ada dan mereka adalah mangsa xperimen ku...hahahaha, gilaaa kooo, kalau pak tua nak melantak kek2 macam nihh...ada bertambah pendek umur aku..choyyyy...mintak simpang malaikat, tapi kalau dah ajal kita nak buat macam mana, terima jelah dengan redha..betul tak..dah ketentuan Allah swt. Kalau ikut resipi asal guna blueberry sebagai "geli2" dia, tapi mat tak de stok blueberry, ku belasah jee strawberry sebagai the "geli2"..hahaha tu yang jadi light "strawberry" cheese cake...Pada mat kan, kek ni kalau nak hidang, hiris kecik je dah cukup, bukan apa rasanya "mewah", kalau terrrrover melantak, luu pingsan tergolek, jangan cari sama guaa okeyy!..

Light Strawberry Cheese Cake
Terlebih dahulu mat nak ucapkan terima kasih lah pada "Ha-Sue", sebab mat ambik resipi ni dari blog dia...Kalau nak tengok lah yang blueberry nya cheese cake, boleh singgah blog dia di sini...pstt kek dia kan lagi lawaaa koo dari akunya..yelah..takkan nak lawan tokey neo pulakk. Eh..sebelum tu, set pinggan mangkuk lawa dalam gambar tu bukan untuk nak exsen yeaa..tapi diguna pakai....biasa lah nak masuk kat blog, biar lah nampak menarik, kalau sememeh jee, sah2 lah mat gebu kena carut 5-6 baldi lepas tuuu....Ok kalau lah macam termengidam nak buat moh leer kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 ml susu segar
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur gred A, asing kuning dan putih
90 g gula halus
110 g tepung gandum
110 g mentega
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya, isi dalam piping beg



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan susu, keju dan mentega dalam periuk. Panaskan dengan api kecil dan kacau hingga semua larut. Sejukkan. Sementara itu, lenser spring form pan berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan aluminium foil. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Dalam bekas lain, kacau kuning telur hingga berkrim, masukkan tepung, esen vanilla dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan no. 1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semua rata dan halus. Ketepikan.
  3. Dalam mixer bowl yang kering dan bersih putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue yang kental dan bila dicuit menghasilkan puncak yang tajam.
  4. Masukkan 1/2 bahagian meringue dalam no. 2, kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul semula dengan kaedah kaup balik hingga rata. Tuang 1/4 bahagian ke dalam tin kek, ratakan, picit strawberry tadi atas adunan kek dengan cara lingkaran. Tuang 1/4 lagi dan buat kaedah sama hingga bahagian adunan terakhir, buat lingkaran yang sama dan lorekkan dengan hujung pisau sehingga mendapat corak seperti dalam gambar.
  5. Letak tin berisi adunan kek tadi dalam loyang, tuang sedikit air panas dan bakar 55 minit atau hingga kuning keemasan. Bila masak, biar suam dan keluarkan dari tin. Biar betul2 sejuk baru dipotong.......