Salam Selasa untuk semua, dah makan tengah hari ke?...Ok hari ni mat share satu lauk ulang tayang dan boleh dikategorikan dalam makanan sihat..sebab apa...sebab ianya tidak membabitkan sedikit pun penggunaan minyak masak, semua main rebus semata2. Cuaca panas2 ni elok makan asam rebus, lagi2 kalau baru baik dari demam. Mat campur ikan masih sepat dalam tu, tapi kalau nak letak tulang ikan masin kurau, lagi sedap. Dalam alam melayu, masakan asam rebus ni kira salah satu lauk2 tradisi. Ada pelbagai versi bergantung pada bahan yang digunakan. Yang ni mat guna nenas, tapi kan untuk mendapatkan asam rebus nenas yang sedap, gunalah nenas yang manis, kalau jenis masam, rasa macam kurang bess....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas kulit dan hiris
4 ekor ikan masin sepat, direndam (kalau saiz ikan besar, guna 2 ekor dan kerat 2 setiap 1)
3 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
2 helai daun kunyit, disiat2
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas kulit dan hiris
4 ekor ikan masin sepat, direndam (kalau saiz ikan besar, guna 2 ekor dan kerat 2 setiap 1)
3 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
2 helai daun kunyit, disiat2
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan nenas bersama bahan2 kisar halus, asam gelugor dan air. Kacau dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan juga ikan sepat tadi.
- Biar masak perlahan hingga nenas masak. Tambah secubit gula dan daun kunyit. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....
4 Comments
sedapnyer mat..tgh lapo ni..
ReplyDeletesalam cmg.. ikan sepat ni ada dua jenis kalu nak tahu,,
ReplyDelete1. ikan sepat kedah..kecik sikit
2. ikan sepat benua..besar dari sepat kedah.
yg cmg guna tu sepat benua.. ahakss akak diajar atok tentang jenis2 ikan masa sekolah dulu2.
minta rasa sikit terlioqq tengok msk rebus asam..febrate akak.. time demam ni lah ajer pengubat selera...hirup panas2
salam dalila...
ReplyDeleteSaya mmg suka asam rebus, bukan saja cepat tapi sedap..
salam jalilah...
Terima kasih sudi kongsi tips...Selalu yg ikan sepat besar2 depa panggey sepat benua ek, sama ke dgn sepat siam?..
saya perasan recipes En Mat Gebu ni selalu guna buah keras..hari tu dah beli kat pasar mlm..tapi tak berkesempatan lagi nak cuba..selalu buah keras saya guna kalau nak buat ayam bumbu aje..
ReplyDeletenanti nak test recipe asam pedas rebus ni..mana tau kot lagi sedap dari yg selalu saya masak..hehe..