RENDIDIH AYAM BERKICAP.

Align Center
Rendidih Ayam Berkicap
Salam Khamis semua, tau2 dahh Khamis...cepat betul kan masa sekarang ni, plan makan apa tengah hari ni?... Hari ni mat nak share satu resipi "rendidih ayam berkicap"..kalau nak senang anggap je macam masak kicap.... Tapi ada sikitttt berbeza. Untuk resipi ni mat syorkan guna ayam "pencen", tapi kalau yang tak de banyak masa, boleh guna ayam muda... Kalau kita sebut rendidih, mesti lah teknik memasaknya makan masa yang agak lama, 1 - 2 jam macam tu kan. Kalau guna ayam muda, mungkin cepat tak sampai 30 minit kot, kalau lama sangat nanti habis semua lucut daging dari tulang...dah tak lawa, nampak terseksa beno pulak rupa ayam tu. Ok jom kita tengok resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kepingan ayam (nak guna seekor pun boleh)
1 tin cendawan butang dalam tin, ditoskan dan belah 2
1 biji bawang besar, belah 8
Air secukupnya
40 g halia, hiris nipis
5 biji ulas bawang putih, dititik
1/3 cawan sos lada hitam*
2 camca besar sos tiram*
1/4 cawan kicap cair*
2 camca besar kicap pekat*
1 batang leek, dihiris halus dan rendam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 camca teh gula
1 camca besar cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
contoh pokok "leek"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit dan lemak2, cuci bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan leek dan bahan bertanda (*). Kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan gula, cuka makan dan bawang besar. Gaul rata dan masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga ayam 3/4 empuk. Masukkan cendawan tadi dan terus merenih hingga ayam empuk. Jika air kering dan ayam belum empuk, tambah sedikit lagi air, gunakan air panas...
  3. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair (lauk ni tak guna garam). Masak untuk 3 - 4 minit lagi. Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan cili merah hiris. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur.... Selamat mencuba...

Post a Comment

6 Comments

  1. first time ayu dengar rendidih..
    baru faham rendidih sbb masak dlm 1-2 jam

    abg mat...bukan masak nie ala2x `ungkap` ayam ker....?

    lagi 1 soalan ayu...1 batang leek..itu apa eik?...bahasa yg biasa2

    ReplyDelete
  2. Mat, sedap nampak eh..kalu ayam pencen mst lg sedap nih..tp x kuasa la akak nk masak lama2..mau lapor perut..pastu jimat la gas sikit guna ayam bese tu kan, hehe..dasar kedekut akak nih!

    ReplyDelete
  3. sedap ni...ayam pencen buat rendang sedap ( tapi tak pernah buat pun...)- hanya masak ayam biasa...lepas ni nak guna ayam pencen pulak....keras spt ayam kampung....kita dah salin ni

    ReplyDelete
  4. Pssttt... ayam jantan ke ayam pompuan tu Mat? Yang pencen tu? Ayam jantan kaki panjang, ayam pompuan kaki katek terkedek kedek.. betul tak cikgu? Hihihi..

    ReplyDelete
  5. salam puan siti...
    Kalau ungkep kita tak guna kicap dan perlu rebus hingga kering kan... Ok saya dah letak contok "leek"...selalunya org cina suka sayur tu.

    salam gelangtembaga...
    Bestt..budak2 pun suka, sebab tak pedas, sos lada hitam tu rasa dia mild jee..

    salam kak ummi...
    Kak, kalau nak masak cepat, guna pressure cooker, ayam tahap "moyang" pun mesti boleh empuk nyaa...

    salam sonata...
    Selalunya ayam pencen rasa dia "seakan2" ayam kampung, lagi satu tak delah lembuttt sangat bila makan, daging dia ada teksture...

    salam mama fami...
    hehehe, ma, yg ni ayam jantan, sebab kalau ayam betina, dia rendah sikit dan tulang peha dia pendek sikit. Tapi tengok juga ma, kalau ayam pompuan tu jenis besar, saiz dia tah2 pun sama..hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.