BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air
1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
- Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
- Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly. Tuang no 2 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.
5 Comments
mat, kalau x de biji selasih tu boleh ganti dgn apa ya... konnyaku jelly tu ada nak try la....
ReplyDeletesalam kak rose...
ReplyDeleteKalau tak de, akak abai kan je biji selasih tu..tak yah letak...
Woooowww cantiknya desert kaler purple gitewww..membuka selera la Mat..serbuk konyaku ada lg tuh..nnt la nk buat..panas2 ni kena byk2 slurpp jelly..hehe
ReplyDeletesalam kak ummi..,
ReplyDeleteTul tu kak, saya sebelum komen ni, baru je lepas melantak 2 ketul jelly tu...sejukkk dan nyamannnn..
salam CMG,mcmn cara plg praktikal utk keluarkan jelly dr acuan supaya jelly tu tk rosak dan mudah dikeluarkan??
ReplyDelete