KEREPEK PISANG TANDUK..

Kerepak Pisang Tanduk
Salam Selasa untuk semua, syukur alhamdulillah hari ni semua nya berjalan lancar, air paip dah ok, cuaca pun tak panas, dan tadi bumi gersang ini disimbahi air dari langit....sungguh menyamankan. Ok, sebenarnya kan mat cuti masak hari ni, tapi nak share kerepek pisang tanduk.. Ini adalah hasil dari kebun, dan yang membuat kerepek tu pulak bukan mat, tapi bonda ku. Dari pemerhatian mat lah, ada beberapa teknik untuk mendapatkan rasa kerepek pisang yang sedap rangup dan lemak2 masin. Apa yang mat tahu, untuk menghasilkan kerepek yang enak, kalau dapat gunakan pisang tanduk muda yang baru, masih bergetah...(apa koo ingat anak dara jee ke yang perlu bergetah...silap weyy!!!). Lagi satu pengawalan api dan suhu minyak juga perlu, jika panas sangat kerepek jadi gelap dan rasa kurang enak. Untuk melemakkan kerepek, renjisan air garam perlu direnjis semasa proses meggoreng tika sampai tahap kerepek tadi 3/4 masak. Lagi satu kaedah yang mat nampak, pisang yang telah dikupas tu, terus disagat ke dalam minyak panas (part yang ni mat tak sanggup...panass koooo!!!). Lepas diangkat, toskan dan biar betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Biasanya kami kat kampung, simpan dalam tin2 biskut jee....Yang ni tak payah letak resipi lah yea, sebab bukan susah sangat membuatnya.. Cuma kalau setakat nak makan 1 - 2 orang, mat syorkan beli jee lahh, kami dikampung ni lain lah, sebab bahan2 mentah tu mudah dapat. Oh yea, ada lagi satu pisang yang akan menghasilkan kerepek lebih rapuh, "pisang raja talun"...pernah dengar tak?

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam Mat,
    Mak Maklong pun dulu selalu buat kerepek pisang tanduk. Cara buatnya pun sama macam bonda Mat. Lama dah tak makan kerepek pisang ni. jadi rindu ngan Mak Maklong.

    ReplyDelete
  2. salam.. best nyer... kerepek pisang.. pun feberet jugak.. napa la mat asyik tunjuk faberet2 kiter nie? huhu.. lambat nyer nak balik mesia ...

    ReplyDelete
  3. salam mak long...
    Saya pun dulu tatau juga, tapi bila perhatikan mak saya buat, baru lah tau teknik2nyaa...mak long apa khabar, sehat ke?

    salam miza...
    Hehehe, feberet saya juga, perasan tak kerepek pisang ni kalau guna pisang berbeza, rasa dia lain2 kan..

    ReplyDelete
  4. ha ah la mat.. mak2 kita je rajin buat ni. kalau i tak kuasa u.. beli jek la. tapi kat kebun abah ada banyak pisang yang ditanam itu yang mak pun rajin wat kerepek. betul cakap mat.. memang begitulah prosesnya nak buat kerepek pisang yang sedap. mat ada jumpa ke benih pisang raja talun? kalau ada boleh contact2 tak nanti. sebab abah dah puas cari tak jumpa benihnya. dulu ada sekali banjir besar ari tu habis benih pun tarrak.

    ReplyDelete
  5. salam mat.. ha ah, betul lain pisang lain rasa nyer.. cara bikin pun buat dia rasa lain.. yg sira gula merah tu pun sedap..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.