Chicken Luncheon Rolls
Salam Rabu buat semua, dah minum petang ke. Rasa2 macam dah lama tak buat roti, alah buat gunakan perkhidmatan "Bread Maker" ni memang menyenangkan, koo timbang, sukat dan lambak je dalam dia, pastu pilih setting untuk doh, tekan dan tunggu dok siap, bentuk2 dan bakar...tau2 dahhhh siap, tinggal makan je. Hari ni mat nak share satu jenis roti yang resipi dia mat kutip dari blog "MamaFami" yang begitu sinonim dengan dunia2 memasak ni... Mama buat nampak lawa, tapi mat buat nampak lagi lawaa...ahak (boleh tengok kat sini...), hawaw je aku kan kata macam tu..hehe, tak de lah, mat buat nampak "tembam" beno, mama punya just nice dan roll dia terserlah gitu...erkkk..mama..nanti bila chat luu bagi tau guaa, macam mana luuu roll itu benda...okey!

Chicken Luncheon Rolls
Roti ni lembut dan dalam dia digulung bersama chicken luncheon (mat guna sosej ayamas yang ada lada hitam tu jeee) dan juga keju mozarella (tak de keju tu, belasah keju cheddar je). Tapi kan seperti biasa kalau cik mat gebu yang buat,aku akan menderhaka sikit pada resipi, mat tambah bawang putih yang ditumbuk dalam doh roti tu bagi dia wangi. Oh yeaa sebelum kita semak resipi, nak tanya...cun tak tea set yang mat guna tu, selain gambar makanan, secara jujur dan tak mo hipokrit, memang mat dok guna set2 antik tu, bukan nak menunjuk, tapi kalau fikir2 dah masuk blog, orang pulak ramai yang tengok, kira nak menayang lah tu...tapi seikhlas hati ku, sekelumit pun tak de rasa riak atau nak berbangga...seriuss nii, waa kalau cakap bukan main2 wooooo!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130 ml susu segar (mat guna air biasa)
30 g mentega (mat guna minyak sapi)*
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (mat guna sosej ayamas berlada hitam)*
Keju mozarella, diparut (mat guna keju cheddar)*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*). Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali yang bertanda (*), ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MEMBUAT ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara, tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi, canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal. Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi rata. Kemudian guling seperti membuat swissroll. Potong kepada 12 bagagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi...