AMERICAN HOT DOGS.

American Hot Dogs
Salam semua....dah makan tengah hari ke?. Semalam sungguh stresss...dah macam tak boleh nak kata dah...ishh dugaan..biarlah rahsiaa. Dalam keadaan stress dan naik darah, sempat juga cuba satu resipi "American Hot Dogs" dari buku "Alex Goh"...Sepatutnya ini N3 semalam, tapi tak mood langsung nak masukkan, kebetulan ada tetamu singgah bertandang...dok sembang sakan, tau2 dah petang. Ok lah jom semak resipi...sebelum tu, maaf yea, excelikan roti tu mat silap potong koo, adehhh!! sepatutnnya belah kat tepi, ni aku punya bingai pi belah kat tengah, dah terkangkang si kawan tu...lantak leerrr....

BAHAN ROTI :-)
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)

BAHAN LAIN :-)
Sosej ayam, dicelur dan biar sejuk
Mayonis
Daun salad
Kepingan tomato
Sos tomato
English mustard
Telur rebus, dipotong kepingan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ROTI :- Satukan semua bahan untuk roti kecuali lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Campur lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut, perap 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk roti dalam bread maker dan pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Keluarkan doh, bagi kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehat 10 minit. Bentukkan memanjang kurang lebih sama panjang dengan ukuran sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Jarak2 kan dan biar 45 minit lagi. Spray permukaan doh dengan air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  2. UNTUK "AMERICAN HOT DOGS" :- Ambil satu roti tadi, belah dua tapi jangan putus, susun daun salad, hirisan tomato, telur rebus dan sosej. Paip kan mayonis, mustard dan sos tomato sebelum dihidangkan. Mat cuma paipkan "sos thousand island" jeeee....
Align Center

Post a Comment

6 Comments

  1. salam cik mat...
    emmm...nampak sungguh sedap dan menyelerakan ...anak2 saya mesti suka ini...

    ReplyDelete
  2. saya belum lunch...tgk american hot dog mat ni, terus berkeroncong perutku..huhuhu

    ReplyDelete
  3. slm mat... aku tanak hot dog! aku nak hot cow! tak pong hot kambennn! cha alif botttttt! kikikiki....

    ReplyDelete
  4. salam ima...
    Tu lah, tapi kan saya buat yg tu seketul tuu. roti lain semua licin dimakan mcm tu saja...

    salam liyana...
    Tak pe, nanti boleh buat yea...nak senang..rembat je lah...

    salam hana...]
    tu lah kan, aku pun nak juga laa mcm koo nak tu, apa kata koo buat kan aku?..

    ReplyDelete
  5. Salam singgah mat Gebu,

    Bestnya nampak hotdog tu. Memang hot dog roti belah tengahkan? Lagi terkangkang kawan tu lagi mengancam...

    ReplyDelete
  6. Owh ni la roti ko ckap kelmarin eh..mmg menyelerakan la Mat...aihh kena kena meroti gak nmpaknya..amik resepi dulu la Mat..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.