As'alikum, salam Jumaat untuk semua..dah makan ke u all... Hari ni mat masak lauk senang, tapi rumit sikit kerja dia. Tak kesah, apa yang penting keikhlasan...Lagi satu masak2 style tradisional ni memang lah rumit sikit, tapi bila hasil dia memuaskan, sapa juga yang kembang hati?...Kitaa jugak, pendek kata semua lah kembang lepas tu.. pulak2 lepas makan tak hingat, body pun ikut kembang sama....ahaks. Sebenarnya daging salai ni mat dah salai awal, ini lebihan daging korban lepas. Nangka tu pulak beli 2 hari lepas dengan sorang bibik....sedap koo nangka tu. Kata bonda mat, nangka kalau nak masak gulai, kari atau rendang, mestilah guna nangka "temabal" atau nangka muda yang bijinya masik kecikkkk...Kalau nak masak lemak putih, guna nangka yang bijinya besar sikit tapi yang masih muda. Ok jom kita semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda
600 g daging batang pinang
3 batang serai, dititik
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/3 cawan cili padi*(*dikisar halus)
5 biji bawang merah, dhiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda
600 g daging batang pinang
3 batang serai, dititik
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/3 cawan cili padi*(*dikisar halus)
5 biji bawang merah, dhiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging dicuci bersih, cucuk dengan garfu, lumur sedikit kunyit dan garam, perap 15 minit dan salai atas api bara hingga masak, balik2kan daging setiap 2- 3 minit (seperti dlm gambar). Sejukkan dan hiris nipis. Nangka dikupas kulitnya, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 hiris dan serai, tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
- Toskan nangka tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 daging salai hiris. Gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih, kecilkan api dan biar merenih hingga nangka lembut (tambah air panas jika perlu).
- Masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali tuang pati santan dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....
13 Comments
cik mat.. nak tanya kalo nk wat daging salai saja, tanpa kuah,..nk makan cicah air asam..
ReplyDeletekaedah dia sama je ek.. boh garam kunyit je ke?
mekacehh...
Sedapnya...my feveret nih daging salai..dapat masaklomak cili api podeh2 sket lagik kebabom..
ReplyDeleteSalam CMG...ya Allah Mat..Akak dengan gulai nangka memang kalau mak mertua panggil pun jadi pekak sekejap!!Sedapnya Mat...semangkuk tu Akak ratah sorang jer Mat....
ReplyDeleteYang peliknya..Akak tak makan nangka yg dah masak..tak tahan bau...sama gak dengan durian dan cempedak...
La Mat...tulis panjang2 ni..boleh dapat semangkuk tak???
i boli jo daging salai yg dah siap....nak menyalai nih maleh ya amek....den lagi suko dongan manggo mudo atau belimbing buloh....love ur picture....
ReplyDeletesalam che mat,sedapnya masakan mat kali ni. mak cik suka nangka.gambar2 dalam blog che mat ni cantik2lah.
ReplyDeleteHulur ler semangkuk Mat oi...
ReplyDeletemak aii mat...sedap tu!! fav akak ni. suka ratah gitu2 aje. baru ler puas!!!!
ReplyDeletemat ni mmg rajin ooooooooo :)
ReplyDeletemain salai2 ni yg combi malas tapi mkn rajin hehe.. :p
mmg malatopz mat gulai nangka ko ni.
Mat, x reti2 ke nak hantar kat akak sikit...menci tauuuu...! suka tayang2 yang kita susah nk masak, sebab xda org nak makan nangka nnt..huhuuu...
ReplyDeleteSalam Che Mat...
ReplyDeleteDaging salai tu pun dah sedap kalau makan dgn nasi..kena pula nasi kerabu.
Kecur akak tengok gulai you ni. Tempat akak ada jual nangka tapi tak berapa muda. Kalau dapat nangka muda nanti gerenti akak masak ikut resepi ni.
ReplyDeletetiap kali En Mat Masak .. memang saya pastikan resepinya terpahat di benak ini... Thank you En Mat
ReplyDeletesedapnya cik mat....
ReplyDelete