IKAN BAKAR ALA NYONYA...

Ikan Bakar Ala Nyonya
Salam Isnin semua....sebelum apa2, nak cerita sikit, tau tak plan nak bakar ikan pari ni dah seminggu lebih, ikan tu pun macam dah merajuk. Bayangkan 2 hari lepas mat bangun dalam jam 2 pagi, keluarkan ikan dari freezer, lepas tu sempat chat dengan mamafami pulak tu (yang mama tu pun macam burung pungguk, pagi2 buta jam 2 dia bakar muffin, sabau jeee aku!!), dan sempat berborak pasal menu yang nak dimasak pagi tu.....Selain lemak pedas jantung pisang, mat nak bakar ikan. Bila sampai time nak memasak, tiba2 kan aku jadi malass kooo, teruk kan penyakit malas ni...ikan tu kena lah simpan balik dalam freezer. Dannn hari ni baru lah kerajinan tu datang, itu pun sebab segan dengan mama, yelah berdegar2 nak bakar ikan kononn, last2 hampeh..hehehehe...

Ikan Bakar Ala Nyonya
Hari ini mat bakar ikan gaya nyonya...kenapa nyonya? Sebab dari rempah dan herba yang mat guna ada antara tu paling kerap digunakan di dapur peranakan. Mat balut dengan daun kunyit sebelum dibalut dengan aluminium foil, kalau dapat balut dengan daun pisang sebelum tu lagi bess...apa nak buat pisang semua dah arwah kat rumah ni, kalau daun pokok lain banyak lah, takut, lepas makan, terbongkang kat katil hospital pulak sebab keracunan, choyy!!! ..suweyy ko cakap macam tuuu!....hehehe.. Eh, sebab ini masakan ala2 peranakan, mesti ada pantun, tak gitu...

MAMAFAMI BERKASUT MANIK,
SAMBIL MENYALAI DAGING RUSA,
MASAKAN PERANAKAN MEMANG MENARIK,
BOLEH DIMAKAN TAK KIRA MASA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, siaz besar
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. PES REMPAH :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan

  1. UNTUK IKAN BAKAR :- Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.
  2. Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!...

Post a Comment

9 Comments

  1. resipi yg wajib dicuba ni!! sedapp!!!

    ReplyDelete
  2. Hmmm awat eh, nama ma naik!
    Tak pe la... tumpang glamer blog Mat ni, kotlah auranya sampai ke blog mama pulak... hihihi...

    Ala, mama saja je bakor muffin kol 2 pagi sebab nak teman Mat keluarkan ikan dari freezer tu.. ahakss..

    Tapi kan.. jap jap... mmm bila pulak mama berkasut manik ni Mat? Mama tak leh pakai kasut manik tau. Pakai tak sampai 1 jam, mesti manik ntah ke mana hilangnya. Ma ni brutal sket. Jalan tak reti pelan pelan. Masa kawin je jalan pelan masa nak nyambut pengantin lelaki, tu pun pasal terpaksa menten ayu... kih kih kih... esh nostalgia la pulakkk.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Salam. Emm..mesti sedap. Terima kasih kongsi bersama masakkan2 yang enak2..btw love yr pinggan mangkok collection. simply beautiful.

    ReplyDelete
  4. salam..sedap banget nampaknya....

    ReplyDelete
  5. Wah...MamaFaMi pakai kasut manik. Mesti best!!
    I like-la you nyonya pinggan-mangkuk ni. The colour bagi cheq inspiration for my forthcoming eastern-influenced art project. Will keep you posted!!

    ReplyDelete
  6. Uiihhhh..hebatnya dua orang Chef ni..pukul 2 pagi x tdo lg..orang lain duk siap mimpi lagi..Mat bakor ikan tuh pulak menyucuk hidung akak baunya...Harus kena cuba nih! Tp x berapa suka ikan pari laa...nk tukor ikan lain laa eh..hehe

    ReplyDelete
  7. salam mat, terima kasih sebab kongsi resepi yg. lazat lazat. Auntie dah cuba ikan panggang ni, tapi guna ikan siakap, sebab family tak berapa suka ikan pari.
    auntie cicah dgn. sos (cili merah+cili api+belacan+bawang merah+bawang putih+kicap manis).
    Sampai menjilat jari mat. Thanks again.

    ReplyDelete
  8. salam, ni nak cerita sikit pasal barang antik, sorry termasuk blog masakan ni. Kat Pengkalan Hulu, perak, katanya ada sebuah kedai cina yang simpan barang-barang lama ni dlm. setornya. Mungkin dia ingat barang lama-lama orang dah tak nak. Jadi minggi lepas, kekawan auntie pi la sana, wahhh borong sakan depa. Minggu depan auntie nak pegi pulak. Kalau ada banyak barang barang lama tu, auntie update mat, okay.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.