Salam sejahtera semua....Mesti ramai masih menghadiri rumah2 terbuka...Pernah makan kuih bulan?....Kalau dulu, orang2 kita (Muslim) begitu fobia nak makan kuih bulan, yelah takut dengan ramuan yang terlarang di dalam kuih tu. Tapi zaman sekarang ni, perubahan telah berlaku dan banyak kuih2 bulan halal telah dikeluarkan. Ada satu ketika tu mat teruja sangat tengok acuan kuih bulan yang pelbagai corak menarik, jadi kita pun beli satu. Lepas setahun baru semalam tergerak hati nak mencuba, memandangkan bahan2 pun dah ada, kita pun mulakan operasi membuatnya. Ini lah percubaan pertama, dan hasilnya pun ok lah untuk yang pertama kali membuat....Tapi memang teruja tau tengok corak2 yang terhasil lepas dicetak....
Yang mat buat ni saiz dia comey, dan tak letak telur merah asin, sebab tak muat. Inti pulak mat beli sedia terjual, lepas tu digaul bersama kuaci (tanpa kulit), yang dipanggang hingga kuning keemasa. Lagi satu kan, dari buku yang mat baca, kuih ni lepas buat kena biarkan 2 - 3 hari baru lah rasa dia lagi ngancam dan kulit dia jadi lembap... Ada pelbagai versi kuih bulan, ada tu jenis agar2 dan ais - cream. Resipi kulit mat dapat dari satu buku cina ni yang berjudul "Mooncakes" oleh "Alan Ooi"......Jomm kita lihat resipi...
BAHAN KULIT :-)
300 g tepung berprotein rendah (boleh beli kat kedai baking)
220 g sirap kencana (golden syrup)
60 g minyak kacang tanah (mat guna minyak cap helang)
1/2 camca teh alkaline water ( air abu)
BAHAN LAIN :-)
Inti kuih bulan secukupnya (mat guna perisa pandan)
30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan
1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata
CARA MEMBUATNYA :-)
Yang mat buat ni saiz dia comey, dan tak letak telur merah asin, sebab tak muat. Inti pulak mat beli sedia terjual, lepas tu digaul bersama kuaci (tanpa kulit), yang dipanggang hingga kuning keemasa. Lagi satu kan, dari buku yang mat baca, kuih ni lepas buat kena biarkan 2 - 3 hari baru lah rasa dia lagi ngancam dan kulit dia jadi lembap... Ada pelbagai versi kuih bulan, ada tu jenis agar2 dan ais - cream. Resipi kulit mat dapat dari satu buku cina ni yang berjudul "Mooncakes" oleh "Alan Ooi"......Jomm kita lihat resipi...
BAHAN KULIT :-)
300 g tepung berprotein rendah (boleh beli kat kedai baking)
220 g sirap kencana (golden syrup)
60 g minyak kacang tanah (mat guna minyak cap helang)
1/2 camca teh alkaline water ( air abu)
BAHAN LAIN :-)
Inti kuih bulan secukupnya (mat guna perisa pandan)
30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan
1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KULIT :- Satukan sirap kencana, minyak kacang tanah dan alkaline water, kacau hingga semua sebati. Ayak tepung atas papan pencanai, buat lubang di tengah2 tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana. Gaul rata dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidah melekat di tangan. Tabur sedikit tepung, jika perlu. Tutup doh tadi dengan tuala lembap dan biar 30 minit.
- UNTUK INTI :- Gaul inti tadi bersama dengan kuaci panggang hingga rata. Kemudian bahagikan inti tadi kepada 24 bahagian sama besar (30 g setiap bahagian), bulat2 kan.
- UNTUK KUIH BULAN :- Doh tadi dibahagi kepada 24 bahagian sama besar (kurang lebih 25 - 30 g, setiap bahagian). Tabur sedikit tepung pada tapak tangan, ambil 1 bahagian kulit, leparkan dan letak 1 bahagian inti, kemudian balut inti tadi dengan kulit, kemaskan. Tabur sedikit tepung pada kuih bulan dan masukkan ke dalam acuan khas. Tekan perlahan acuan tadi sehingga kuih bulan padat dan menghasilkan bentuk sekata. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah diatas kertas minyak. Buat hingga siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 10 minit. Keluarkan kuih dan sapu permukaannya dengan bancuhan kuning telur + kicap pekat tadi. Sambung membakar selama 8 - 10 minit lagi. Bila kuih bertukar kuning keemasan, keluarkan dari oven. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Biarkan kuih 2 - 3 hari untuk mendapatkan kulit yang lembap (masa baru2 keluar dari oven, kulitnya sedikit keras).....
34 Comments
dulu aku peknen anak kedua aku ngidam kuih bulan neh! aku siap tnya ngan nyonya tuh mana satu yg halal or bleh mkn! *sib baik dier phm aku ckp halal! hahaha..dpt mkn seketui perghh pueh ati aku! kali nih sib baik aku tk ngidam lagik! klu tak, mmg nahas ko jadik mangsa aku suh watkan! muahahahaha... amponnnn.. slamat ari raya! :D
ReplyDeleteMat,dahsyatnya pandai buat kuih bulan ni!! cantinknya!!
ReplyDeletehehe
ReplyDeletelawa
maceeh mat...dah lama mencari resepi yg sesuai, harap2 menjadi..sbb biskut mu sedap... terasa nak makan dah bertahun2 tapi x berani nak belii.. acuan dah ada nii..nak try laa... cantik tol gambarnyaaa...cantik lagi pinggan2 tuu sesuai sekali dgn kuihnya.. tahniah..atas kepandaian membuat kuih bulan ni..
ReplyDeletelawanya kuih bulan tu cik mattt!!!
ReplyDeleteIngat lagi tahun 2000 cmtu, saya keje kat sekolah tadika, kat situ sy sorang je muslim. Cikgu Cina bawak kuih tu dtg sekolah, sy dgn rasa terrornya (perasan) pegi belek kuih tu sambil baca kat kotak apa ingrediants nya, suddenly terbacalah yg tu...aduhaiii...tegak bulu roma, meleleh air mata. TOBAT TAK BUAT LAGI dan sy fobia tiap kali nampak kuih tu kat shopping compleks
ReplyDeleteSedapnye!!!
ReplyDeleteBtw, ada resipi kuih bulan (snow skin)tak? Kalau ada, boleh kongsi?
Terima Kasih...
Kagumnye..buat kuih bulan sendiri.
ReplyDeleteBaru sy tahu mcm mane org buat kuih bulan.
Matttt.... memang teruja dah tgk kuih bulan ni mat.dah boleh berniaga untuk mooncake ni mat hehehe
ReplyDeletecomeinya kuih bulan..pinggan pn comel
ReplyDeleteSaya banyak ambil resepi dari blog awak...resipi awak semuanya sedap2 belaka...moga awak panjang umur, murah rezeki...terima kasih..
ReplyDeletedari Ireland..mamazie...
Wah, manyiak cantik lu punya kuih bulan la Mat....
ReplyDeletepandainya mat.. fuh.. best betol.. terima kasih mat..
ReplyDeletesalam lebaran Mat, waaaa mat manyak nye ko wat kue bulan, terkecur tengok tau *hulo dulang size XXXL*
ReplyDeletepsssstttt pinjam mixPod ko ni Mat, teruja kakmOn :D
Salam,
ReplyDeletebestnye resipi... tp sayang saya xde acuan. mana nak cari ye cik mat?
mat...pinggan manguk u nampak very2 the antik one...i like lah!
ReplyDeletec mat..akak dh cuba..best..tq
ReplyDeletecik mat.. pos le kuih bulan tuh kt kite..
ReplyDeleteCMG..wa tabikkk springgggg...tnx to share!! ;))
ReplyDeleteMeh join Pak Karamu
ReplyDeletehubby memang suka kuih bulan... nanti leh la suprise dia dgn try buat sendiri... tq mat gebu-gebu hehehe
ReplyDeleteMat, cantik ! Kalau guna utk fondant jadi ke kalau pakai acuan tu ? very pretty and mesti sedap.
ReplyDeletecantiknya kuih bulan cik mat gebu...
ReplyDeletewah... caya lah... menjadi pulak kuih bulan tu! terkesima kita melihatnya! tahniah..
ReplyDeleteCanggihnya mat pandai buat moon cake.
ReplyDeleteehhh..betul ke ko yg buat.bravo ler mat!
ReplyDeletebetul tu mat..combi teringin nak beli tapi takut tak halal.. :(
combi ni jakun sket huhu..
cik mat, mck tabik you lah! terer sungguh, tahniah! siap complete ngan pinggan yg seangkatan
ReplyDeletehoooo.. saya pandai makan je mooncake ni.. tak nampak jalan nak buat pun.. thanx mat, nanti mana tau satu hari terbuka hati nak buat kan.. resipi dah ada ni..
ReplyDeletesalam cik mat.
ReplyDeleteni bukan nak komen pasal kuih bulan.
ni nak tanya cik mat..
dulu masa di london saya penah try resepi kek coklat cik mat..tapi tak berapa nak gebu lah.
cik ma boleh suggest tak resepi kek mana paling best dan gebu..alang-alangtu bagitau la..mana yg best kukus ke bakar ke?
tima kasih yaaa
tabikkkk
ReplyDeleteAPE RASA ERK?
ReplyDeleteAssalamualaikum en,mat, saya sudah cuba guna resepi en.mat tetapi tidak menjadi. Boleh en.mat beritahu jenama tepung berprotein rendah yang en.mat guna? Wslm.
ReplyDeleteSalam..harap tuan pnya resepi dpat reply la ya.. Nk tnya, dkat mna nk dapatkan air abu tu ya??tq.
ReplyDeletewahhh, sedapnya mooncake ini.teringin pula tengok
ReplyDelete