NASI GORENG SEAFOOD

Nasi Goreng Seafood
As'laikum semua, buat apa tuuu, sepatutnya ni n3 untuk sarapan pagi, tapi tak sempat nak on line pagi tadi..tak kesah lah kan...mat kan paling jarang letak resipi nasi goreng, sebab macam dah biasa sangat, budak umur 12 tahun pun pandai koo masak nasi goreng. Seingat mat, termasuk resipi ni, baru ada 2 jenis nasi goreng dalam blog mat ni. Apa2 hal pun tak usah banyak cerita jom kita perhatikan resipinya....ala, nasi goreng biasa2 jeeee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk besar nasi (anggaran 8 senduk)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pokok sawi jepun ( bok choy)
2 biji telur + 1/2 camca teh serbuk lada hitam, dikacau rata
1/2 cawan isi kerang
3/4 cawan isi kupang
1/2 cawan isi udang
1 camca besar sambal belacan (resipi dibawah)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh minyak bijan
Kicap cair secukupnya
1 camca besar margerine
Hirisan daun sup/daun bawang*
Hirisan cili merah*(*untuk hiasan)

BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
1 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah
Secubit gula (kalau suka nak letak serbuk perasa sikit)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bok choy dicuci, asingkan daun dan tangakinya, potong berasingan. Tumbuk lumat semua bahan2 untuk sambal belacan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan margerine. Tumis bawang besar, bawang putih dan sambal belacan hingga harum, masukkan sos tiram dan tangkai sawi, gaul rata. Tambah kerang, kupang dan udang. Masak sekejap.
  3. Tolak ketepi kuali bahan2 tadi, masukkan telur dan biar hingga telur mengeras sedikit. Kacau dengan sudip untuk menghancurkan telur tadi. Gaul rata dengan bahan2 lain. Masukkan nasi dan gaul rata.
  4. Tambah minyak bijan dan kicap cair secukupnya. Gaul hingga semua rata. Tambah daun sawi dan kacau lagi. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair sehingga mendapat tahap kemasinan yg sesuai.
  5. Alih nasi tadi ke dalam bekas sesuai dan tabur hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili sebelum menghidang. Sesuai untuk sarapan pagi dan waktu2 lain juga....
NASI GORENG SEAFOOD NASI GORENG SEAFOOD Reviewed by Mat Gebu on 8/03/2009 01:13:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Matttt....sepinggan Mat, lalu pintu belakang...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Cik Mat...lawa nasi goreng tuu..

    ReplyDelete
  3. cik mat...nak sekuali boleh ke..???hihi

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.