Daging Dendeng

Hari ni masak dendeng daging, resipi khas dari "Kak Ummi Kuantan" yang cantik jelita dan penuh berstamina itu.....Buat dia sedikit rumit tapi hasil dia sedap!!, sesuai untuk dimakan bersama, lemang, ketupat, pulut kuning, nasi putih atau pun roti....Kalau resipi asal kaler dia macam kemerahan sikit, tapi mat punya jadi gelap lah pulak!!, macam kena sambar petirr!!!, tapi rasa dia tetap sedap....Terima kasih yeaa kak ummi....Psstt..tu bawang merah "1kg" dibuat bawang goreng, bukan mat salah type okey!!!...harap maklum!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...