MEE REBUS KENCANA

Mee Rebus Kencana

Lepas buat roti tadi, mat masak mee rebus kencana....nampak macam biasa2 jee kan, tapi ada kelainannya. Juadah ni juga khas untuk bonda mat berbuka puasa tadi....

Mee Rebus Kencana

Resipi asal kalau tak silap dari majalah Jelita era-90an....Mat memang mengumpul majalah2 yang mengandungi resipi2 masakan. Tapi sejak rumah "lama" tu diserang anai2, banyak bahan2 bacaan rosak dan terpaksa dijadikan bahan bakar!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning, cuci, tos dan celur sekejap dan toskan kembali
500 g daging lembu
300 g ubi keledek (mat ganti dengan kentang)
1500 ml air (ikut keperluan)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar rempah kurma
3 camca besar tomato puree
1 kiub ayam "Maggi"
Garam dan gula secukup rasa
50 g udang kering, rendam 10 minit, toskan*
2 batang serai, hiris halus*
2 cm kunyit hidup*
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 camca besar tauco*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Taugeh, dibuang ekor dan celur sedikit
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan cili hijau dan merah
Hirisan daun sup/bawang
Tauhu, goreng dan hiris
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus hingga empuk, asingkan daging dari stoknya. Ubi keledek/kentang, dikupas kulit, potong dan rebus hingga lembut. Lecek dan kisar halus, gunakan air rebusan keledek atau kentang untuk mengisar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar, tomato puree, rempah kurma dan rempah kari hingga harum dan garing. Gunakan api perlahan. Tuang stok daging dan juga air (ikut keperluan), kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek/kentang kisar, kiub ayam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa (mee rebus selalunya sedikit manis). Renih atas api perlahan hingga kuah pekat. Matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE REBUS KENCANA :- Ambil secukupnya mee kuning tadi dan isi dalam bekas sesuai. Tambah daging rebus dan tuang kuah secukupnya. Letak bahan2 sampingan dan hidangkan segera....

Post a Comment

6 Comments

  1. Alahaii mat, rasa cam nk try esok jugak..akak dah kena diet nmpaknya..x sedar jek lari inci dah ni..huhuuuu...sejak masak2 beriya sgt ke..makan x sgt pun, amik bau pun boleh naik jugak eh!! Alahaaiiii..kena slow down sikit la yg mana byk yis/minyak/manis2 kann..

    ReplyDelete
  2. mmg mengancam mat...raya nnti dtg nk mkn mee rebus boleh ke mat...

    ReplyDelete
  3. Sis Linn...
    Tak yah tunggu raya pun bolehhh...

    ReplyDelete
  4. salam cik mat....
    sedapnya...kalau daging tu ganti ngan ayam bole tak? coz anak2 tk brapa suke daging....

    ReplyDelete
  5. Hai Chef Mat Gebu, saya baru 2minggu follow chef punye blog ni. Mmg terbaik la. Saya ade cube satu resepi iaitu lempeng nasi tu. Mmg terbaik la. Setiap hari sy akan bukak blog chef pagi2 utk tgk ape yg chef masak utk brekfes. Stiap kali tgk blog chef mst terliur. Hahaha. Skang ni kakak sy pon da follow blog chef. Keep it up the good work. Hidup Chef Mat Gebu !

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.