PENGAT LABU

Pengat Labu

Yang ni sedap, orang2 Johor memang kerap menyajikan pengat2 kalau bulan puasa. Kali ni tekak macam teringin nak makan pengat labu, ada pulak bubur caca...mmm lagi leer sedap, tapi mat tak letak biji sagu, takut jadi banyak nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan labu yang telah disiang dan dipotong berbaji
1/3 cawan bubur caca, cuci dan toskan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1200 ml santan cair
250 ml pati santan
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci labu dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama bubur caca, santan cair dan daun pandan. Masak atas api sederhana hingga labu 1/2 empuk, tuang air gula dan masukkan juga garam.
  2. Bila mendidih, tuang pati santan dan kacau rata. Masak atas api kecil hingga mendidih dan labu serta bubur caca lembut. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula.
  3. Matikan api dan hidangkan panas atau pun sejuk untuk berbuka puasa. Kalau suka, boleh tuang sedikit pati santan lagi sebelum disantap..
PENGAT LABU PENGAT LABU Reviewed by Mat Gebu on 9/08/2008 08:37:00 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Sib baik ler ma nengok gambor pengat Mat ni masa perut dah senak. kuranglah sket siksanya. Memula kan, masa baca pengat LABU, esh, macam tak berapa nak berkenan. Sekali bila terserlah gambar Mat yang debomb tu, terasa plak macam nak cuba. Tapi kalau cuba, maybe mama nak gunakan susu la kot... wah, besar angan-angan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Pak Cik Mat...Berseri-seri Kak Lin Tengok Pengat Labu Tu....

    ReplyDelete
  3. Mat..pengat labu tuuuuu...terliur laaa...eee sabor je laa.. :))

    ReplyDelete
  4. salam abg mat...ct mmg minat sungguh dengan blog ni, cz ct suka try masak2...hehhe ct juga peminat pengat, mmg suka buat pengat, selalu buat pengat labu ni campur dengan tepung pulut gentel je, bila tgk mat campur dgn bubur cha cha, ia beri satu idea baru utk ct. tq mat :)

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.