TERUBUK GORENG RANGUP

Terubuk Goreng Rangup

Dah lama tau mat tak makan ikan "terubuk" segar, kecuali terubuk masin....Jadi semalam mat rembat lah sekor ikan terubuk...Kali ni mat cuma goreng saja...Kalau kaum baba n nyonya, femes tau terubuk goreng macam ni...Lagi satu nak pesan, ikan ni tak sesuai untuk kanak2 dan orang2 yg tak sabar....Petua nak makan ikan terubuk, hati kena lah tenang, jiwa kena tenteram dan aman, mana yang rabun tu pakai cermin mata, atau dok bawah sinaran lampu terang (kalau malam lah), atau cari kawasan yang terang masa nak makan. Jangan gossip, makan dengan penuh adap dan sopan....Ikan ni tulang dia berselirat uu, tapi daging dia...lemak berkrimmm!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk sederhana besar
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
Minyak untuk menggoreng
1/3 cawan kicap manis*
2 camca besar sos ikan*
3 biji limau kasturi, ambil jusnya*
1 biji bawang besar, didadu*
2 ulas bawang putih, cincang halus*
5 - 6 biji cili padi, hiris halus*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang perut dan insang (sisik tak payah buang). Cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau nipis 5 - 10 minit, cuci kembali dan toskan. Lap dengan paper towel sampai kering.
  2. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit rata2, termasuk bahagian dalam belahan perut ikan. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, gunakan api sederhana. Goreng 5 - 6 minit untuk setiap bahagian (bergantung pada saiz ikan masing2).
  3. Bila masak, angkat dan toskan minyaknya, letak atas 2 - 3 helaian paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan segera bersama sambal kicap (*). Sisik ikan tu sedapp sangat, rasa macam kacang goreng!!!

Post a Comment

3 Comments

  1. tudia aihhh...pesanan penaja..lebih separuah dr entri

    ReplyDelete
  2. Hahaha..biasa laa, kang kalau pesanan penaja tak de, patik kurang dapat sponser....

    ReplyDelete
  3. kalo trubok import mmg byk tulang,dyg pon xsuka makan la,dyg suka makan yg local nyer jer,iaitu trubok sarawak ehhehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.