Semalam mat demam, itu semua gara2 molot aku yang begitu capoi....Tah kenapa tiba2 boleh terfikir "dah berapa lama aku tak demam?"...sekali Allah nak bagi, terus demam semalam..whaaaa!!!! Nyesall!!!...Tapi walaupun demam, selera tetap "vouge" u...Jom kita pekena "Tapai Ubi Berkuah"...
Bahan-Bahannya :-)
Tapai ubi secukupnya (resipi dibawah)
Santan kelapa, jangan terlalu cair atau pekat
Secubit garam
Ais secukupnya
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*
2 helai daun pandan, disimpul*
Cara membuatnya :-)
- Jerang bahan yang bertanda (*) dalam periuk degan api perlahan hingga gula larut, masak lagi hingga sedikit pekat. Angkat sejukkan dan tapis.
- Campur garam ke dalam santan dan kacau rata (gunakan air masak jika memerah dari kelapa segar yang diparut) dan ketepikan.
- Dalam mangkuk sesuai, masukkan tapai ikut kuantiti yang diingini, tuang santan. Masukkab sirap gula mengikut tahap kemanisan masing dan akhir sekali ais. Boleh dihidangkan. Memang sedap dimakan sejuk...
TAPAI UBI
Yang ni mat bagi resipi membuat tapai ubi. Terima kasih kepada bonda mat. Orang lain mungkin ada cara lain untuk membuat, jadi yang ini hanya sebagai panduan saja yeaa...Harap maklum.
Bahan-Bahannya :-)
2 kg ubi putih
1/3 ketul ragi tapai
Tupperware atau bekas plastik bertutup
Cara membuatnya :-)
- Ubi dikupas, kerat sederhana besar. Kikis ubi tadi dengan pisau untuk membuang lendir2nya (tujuan untuk menghasilkan tapai yg putih). Belah sederhana besar dan cuci kembali, buat hingga siap. Rebus hingga ubi 3/4 masak (jangan sampai empuk!). Tos dan sejukkan.
- Alihkan ubi tadi ke dalam bekas besar. Sediakan tapis teh, masukkan ragi tapai dalam tapis dan gesek ragi tapai tadi rata2 atas ubi. Gaul dan alihkan ubi ke dalam bekas plastik bertutup atau tupperware (pastikan bekas2 tadi kering dan bersih). Letak tapai di kawasan gelap (dalam almari atau periuk bertutup) untuk 36 jam.
- Kalau zaman dulu, kami letak dalam pasu khas, alas dengan daun pisang, pastu balut dengan kain batik, lagi satu pernah juga dengar wanita kalau datang "haid" dilarang membuat tapai, hati kena tulus ikhlas dan tak boleh ada sifat hasat dengki masa nak "menapai" tu..dan macam2 lagi laa...apa2 pun itu petua saja..wallahualamm!!!
7 Comments
iiissskkkk....cik mat ni buat ayu t'liur je tau.dah lama sgt nak mkn tapai ubi tp bila pi psr mlm sshnya nak jmpa.time kita b'pantang ubi,byk lak dia jual.
ReplyDeleteabe combi suke sgt tapai ni..tp combi suke tapai pulut.malangnyer kat sabah tapai nasi la pulak :(
ReplyDeletedua2 kami tak dpt..adil kan :D
sedapnyerrr tapai ubi...
ReplyDeletelama sungguh x mkn nih!! :-P
rajin tui cik mat sowang nih..leh wat menantu nih..sure mak mertua sayang gilosss :p
Ma pun selalu dibayar cash tau Mat, kalau mulut capoi. Cam hari tu, malam tu mama berkata sendiri, esh aku ni tak goreng donut ni karang, buatnya esok gas habis, nahas jugak. Memang betul pun, ESOKNYA SEBELUM SUBUH, gas habis! Hisshhh... bahaya kan Mat. Kena prektis tidak mencapoikan molot ni. Lebih-lebih kalau di Tanah Suci kan? Anyway, harap Mat dah sihatlah ye...
ReplyDeleteMa suka tapai pulut. Tapi nak buat sendiri, memang tak berapa nak confident. Beli je la. Unless kot kalau ma tercampak kat luar Malaysia, barulah kot nak try buat sendiri... hehehe...
ayu...
ReplyDeleteLaaa...tapi kalau setakat nak makan, beli senang..mat ni sebab ubi dah ada berlebihan..tatau nak buat apa dah..
kak combi...
ala3x siannya..meh sini patik suapkan ckit yeaa..buka mulut kak combiii!!!!....ahakss..
shima...
U jgn puji i lebih2, kang demam balik....
mamafami...
tu lah mama, lepas ni nak kena jaga2 lah cakap, kalau nak kena tu serta merta leh kena, mintak lah lagi benda2 tak elok, tapi dah selalu sehat ada kala sakit tu kira adat lahh kan...pstt mama, rumah kami gas ada standby 4 tong u, kalau mama kehabisan gas, jgn lupa call, nanti kita send truu email...ahakss!!
Weee..tapai tu sedapnya nmpak masak camni..makan lak sejuk2 tu..ish ish..meleleh air liur akak je Mat ni..sampai hati ko..tp kalu akak buat, kena cari tapai siap le kat pasar malam..hehe..mudah kerje ku.. :D
ReplyDeletefuhhh...ada ubi kt rumah...boleh cuba ni... thanks for sharing..!
ReplyDelete