Jom cuba satu resipi roti sihat dari "Alex Goh"...Roti dia lembut, kulit dia garing dan wangi.....
Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)
Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega
Cara membuatnya :-)
- Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
- Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
- Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
- Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"...
5 Comments
Salam Mat...
ReplyDeleteApa khabar??
Selalu singgah sini tapi selalu x leh view pic yg menyelerakan tu. Nampak gambar separuh, latest n3 ni pun nampak gambar kepala chef tu je, roti oatnya x ada... :(
Chat box pun selalu x leh view tu yg x leh tinggal jejak... Tapi yg peliknya rumah org lain boleh pulak...huhu
Ok lah mat. Selamat memasak & moga ceria selalu :D
Mat ni kan, bukan nak pujilah kan, tapiiiii, bukan kata masak je pandai, presentation pun malatops gitu. Mat ni gi betapa kat gunung apa eh, leh jadi pandai cam ni? Kot la mama larat nak daki, leh gak cuba try nuntut! Ahakss.. Psttt Mat, dah beli ke belum buku terbaru Chef Alex Goh? Buku kek buah-buahan. Mama dah beli dan dah cuba pun satu resipi. As usuallah, kalau buku Chef Alex, memang sedap.. Wah, terlebih sudah! Dah jadi amoi promoter pulak haa!
ReplyDeleteMat, kes intan sama lah dengan kes kak ni, xleh view gambar n shtbox x muncul2...jarang2 sgt dpt..xtau le..dpur org2 lain boleh pulak..! Akak terkena tulah apa ni mat? Ko dah sita pintu rumah x kasi akak masuk ke....huhuuuuu...uwaaaa...
ReplyDeleteintan...
ReplyDeleteAiseyy....ish mcm mana pulak laa bole nampak separuh dan chatbox tak muncul...apsal ek, muskhil nihh....
mamafami...
Ishh mama, mat bukan pandai pun cuma letak2 jeee...Buku Alex Goh semua ada 6 kan kalau tak silap, mat ada 5, tgn ni kan tak bley tau nampak buku masak, mula lah gatal memanjanggg...
kak ummi...
Laa kak ummi, masih tak bley tgk jugak ke...ishh blog i tak de pulak gambar yg "panas", semua jenis suam2 kuku jee, mcm mana tak bley nak view pulak...feningg laa....
dyg xleh masok blog ni lah,tak leh view ler,kene gam ke mcm artis rambut pjg hahaha
ReplyDelete