KACANG PHOOL

Kacang Phool, satu resipi unik dan terkenal di Singapura, diperkenalkan oleh orang2 arab dan telah menjadi sajian yang digemari setiap lapisan masyarakat disana....

Ianya agak versatile dan boleh dimakan bersama roti perancis (seperti dalam gambar), roti canai, roti nan, capati dan macam2 lagi.....

Bahan-Bahannya:-)
1 tin kacang Phool, boleh lihat di sini...
200 g daging cincang
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
1 genggam daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
1 biji bawang besar, didadu halus
2 biji tomato, didadu
2 biji cili hijau, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
3 biji telur, digoreng "mata kerbau"
3 - 4 biji limau kasturi, dibelah dua
Setengah cawan minyak sapi, dicairkan

Cara membuatnya :-)
  1. Kacang Phool diramas kasar dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan dikisar halus bersama cili kisar dan rempah kari. Gaul rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Masak hingga daging lembut. Masukkan kacang phool, asam gelugor dan tambah garam serta gula. Masak atas api perlahan hingga pekat. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. CARA MENGHIDANG :- Cedok kacang phool dalam bekas sesuai, letak satu telur mata kerbau, tabur cincangan bawang, tomato dan hirisan cili hijau/merah. Sudukan sedikit minyak sapi cair dan perah limau kasturi sejurus menghidang.....Lepas tu boleh lah dimakan dengan roti, roti canai, capati atau lempeng pekak...yum yum..
KACANG PHOOL KACANG PHOOL Reviewed by Mat Gebu on March 08, 2008 Rating: 5

1 comment:

  1. Akak yg malas ni selalu guna sardin atau tuna jer... licin juga...makan ngan roti gardenia pun sedappp...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.