KEK PANDAN MARBLE

Kek yang lembut, gebu dan kuranggg manis...Resipi asal sumbangan "R-Lin" dari MyResipi.com....

Bahan-Bahannya :-)
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (mat guna susu segar)
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla(sendiri letak)
1 camca teh coklat emulco (sendiri letak)

Cara membuatnya :-)
  1. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
  3. Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang..
KEK PANDAN MARBLE KEK PANDAN MARBLE Reviewed by Mat Gebu on 2/03/2008 06:24:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Mat, saya juga suka cake tidak terlalu manis. Nanti bila ada masa saya mau copy ini resipi. Habis mau minta Mat buatkan satu tin untuk saya, terlalu jauh ya! :)

    ReplyDelete
  2. Kalau berjiran, bisa saja saya hantarkan..kek ini mmg kurang manis sekali dan lembut.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.