BEN ASHAARI

Wednesday, February 22, 2017

RESIPI KEK PISANG KARAMEL

rsz_kpk
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat bikin kek pisang. Sibuk di media2 sosial orang bikin kek pisang, merata2. Jadi pakcik kau pun berusaha jugalah buatnya. Tapi boring pulak rata2 kek pisang yang sama...di IG kek pisang sama, di FB pun yang sama. Apa kata kali ni kita cuba kek pisang karamel. Resipi ini pernah sekali che mat buat dan ada di blog. Tapi kali ni kita 'derhaka' sikit untuk mendapatkan hasil dan rasa yang lebih sedap...err...konon2nya lah, tapi serius, yang ni lebih sedap, wangi dan lembut. Kurang gigi pun tetap boleh telan tanpa tercekik....macam sorang pakcik tu, alaa yang biasa berlegar2 di FB dan IG tuu lah... 🙈

rsz_kpk1
Resipi kek pisang karamel ini menggunakan 3 biji pisang montel. Boleh juga guna pisang embun atau pisang cavendish. Che mat bakar dalam acuan bulat berukuran 6 inci. Kalau suka boleh bakar dalam acuan muffin atau acuan berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci. Jika buat 2 adunan, boleh gunakan tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci x 8 inci x 3 inci. Masa membakar bergantung pada saiz tin atau acuan yang kita guna. Untuk tin berukuran 6 inci ini waktu membakar hampir 1 jam sebab acuannya sederhana dan kek naik tinggi sedikit. Ia juga bergantung pada keadaan oven masing2. Warna kek perang sedikit sebab ada karamel, dan baunya lebih harum seakan2 pisang salai. Kalau ingin mencuba, che mat tuliskan resipinya di bawah ini...

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 biji pisang montel @ cavendish
80 gram gula halus
120 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
60 gram mentega, cairkan dan biar sejuk
1 camca besar mayonnaise
Secubit garam

BAHAN - BAHAN KARAMEL :-)
30 gram gula pasir + 1 camca besar air
2 camca besar air
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. lanser tin bulat berukuran 6 atau 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam periuk kecil, masukkan 30 gram gula dan 1 camca besar air. Masak dengan api kecil hingga gula cair dan bertukar menjadi keperangan. Masukkan baki 2 camca besar air dan kacau rata. Sementara itu, kupas 2 biji pisang montel dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk berisi karamel tadi, masak dengan api kecil hingga pisang lembut. Matikan api, sejukkan dan tambah esen vanilla, gaul rata.
  2. Putar gula, garam, telur dan mayonnaise hingga putih berkrim. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Gunakan spatula untuk menggaul saki baki tepung yang tidak sebati. masukkan karamel pisang tadi dan gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul hingga rata dan sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan. Baki 1 biji pisang dihiris dan hiaskan atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar kek selama 50 minit - 1 jam, bergantung pada saiz acuan yang digunakan dan juga oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di tengah2nya dan jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit sebelum keluarkan dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...Selamat mencuba!!

2 comments:

Umminani said...

menariknya Che Mat... wow sedap ini

YB Shehan said...

kan best kalau dok dekat dengan che mat. ehehhehe.. sdpnyaaaaaaaa. leleh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.