BEN ASHAARI

Friday, January 20, 2017

RESIPI PAU SAMBAL

image-2017-01-20 (1)
Assalammualaikum, salam semua...phewww...baru dapat nak update blog. Internet punya lemau, berjam che mat nak resize gambar, sampai ke maghrib tadi baru menjadi, letih betullah kalau macam ni gayanya, mood dari berkobar2 terus jadi malap. Terlanjur dah ok ni baik che mat masukkan satu entri untuk hari ni, setidak2nya boleh dijadikan idea anda untuk bersarapan atau minum petang nanti. Mungkin ini hanya kuih pau sambal, cemilan biasa yang boleh kita beli di gerai2 atau pun pasar2 malam, tetapi ada masa kuih yang dibeli takde lah sedap mana, harga pun boleh tahan mahal. Kalau bikin sendiri, pasti kita akan rasa kepuasannya. Resipi memang mudah dan che mat kerap kali buat gunakan resipi yang sama dan in sha Allah menjadi. Boleh gunakan beberapa kaedah, jika ada mixer, boleh gunakan, ada breadmaker pun boleh, kalau semua takde, kau henyak guna tangan, macam che mat buat. Resipi ini akan menghasilkan 10 biji pau sambal. Kalau nak lebih, boleh doublekan resipinya...Jomm kita cuba 😏

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar mentega ( boleh gantikan dengan majerin, lemak sayur atau minyak sapi)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air (kurang lebih)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

BAHAN - BAHAN DISATUKAN :-)
1 1/4 camca teh instant yeast
1/2 camca besar gula halus
50 ml air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan kesemua bahan2 disatukan ke dalam mangkuk kecil, kacau rata dan biarkan 5 minit hingga ragi akif dan berbuih2. Sementara itu, dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gandum, gula halus, garam halus dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tambah mentega dan gaul hingga rata.
  2. Buat lubang ditengah2nya, tuang bancuhan ragi dan gaul perlahan. Tambah air (100 ml) sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk. Dan tak perlu ditambah air lagi. Uli hingga doh licin.
  3. Bahagikan doh kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit. Susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak makan, jarakkan susunan. Tutup permukaannya dengan plastik bersih dan biarkan 1 jam hingga kembang.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak jangan terlalu panas, guna api sederhana. Goreng pau tadi dan balik2kan agar masak sekata (che mat goreng lima biji sekali). Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Buat hingga siap dan biarkan sejuk.
  5. Belah dua tapi tak putus setiap biji kuih pau tadi. Sapukan dengan sambal tumis dan taruk sekeping hirisan timun. Buat hingga selesai dan boleh hidangkan. Jika suka boleh selitkan daun salad dan keju...Selamat mancuba!

3 comments:

cikkyra blogspot said...

dapnya

Nik Khazami Nik aziz said...

gambar ni pun cantik


jemput singgah: Kerja dari Rumah dengan iLancee

Nina Mirza said...

Kuih favorite nina ni...!!
Tapi bab nak uli tuu yang Cik M
Huhuu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.