BEN ASHAARI

Monday, April 13, 2015

KARI UDANG SAMA REBUNG MADU...

rsz_kari_udang_sama_rebung
Assalammualaikum, salam Isnin. Semalam che mat masak kari rebung sama udang, untuk dijamu pada sahabat che mat, Soleh Ahmad dan isteri Sunah Sakura. Biasanya che mat asyik masak lemak saja, habis tu nak kata apa, atas permintaan, jadi masakkan saja lah. Disebabkan rasa boring asyik masak yang sama, maka ku tukar menu, masak kari udang dan dicampurkan dengan rebung madu. Bonda pun ada kata, kita masak kari pulak lah, asyik masak lemak manjang (ehemm, rupanya kami ni punya pemikiran yang sama....hehe). Che mat guna kurang lebih 1 kg rebung madu dan 10 ekor udang bersaiz sederhana besar (udang kaki merah @ udang pengantin). Kali ni che mat gunakan rempah kari ikan Baba's dan dicampur 1 camca besar rempah kurma Baba's, untuk mendapat sedikit rasa kelainan. Selain udang, anda boleh guna ketam, kalau nak masak dengan ayam atau daging pun boleh, tapi rempah kari ikan anda ganti dengan rempah kari daging lah yea. Ok jomm kita lihat resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg rebung madu yang telah siap dihiris nipis dicelur
10 ekor udang kaki merah bersaiz besar (atau boleh guna udang galah)
2 batang serai, diketuk
2 tangkai daun kari, dilurut
4 biji bawang merah kecil. hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata, tambah sedikit air jika perlu dan kacau hingga menjadi pes. Udang dibuang muncung dan kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan rebung dan gaul rata. Tambah santan cair dan sedikit air. Kacau dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis dan asam gelugor. Kacau rata dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  4. Tuang pati santan, kacau dan perasakan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

5 comments:

nur amni said...

Sedapnya rebung madu...kat kg belakang rumah mak ade tanam.

Serius sedap...lembut je..

Ok nanti mesti try cmpur dgn rempah kurma..noted.

Jom sudi melawat blog saya...

Ajeem said...

wah nampak sedap gila. tak pernah makan rebung. apatah lagi rebung madu hewhew jom baca entri terbaru :)

JunAina said...

Cik Mat kalau rebung madu Perlis yang bulat2 tu buat gulai sedap, buat pajeri sedap, buat acar pooonnn sedap...:)

adda syuhada said...

baru mmggu lepas wat kari udang...sedapnyer...

aji nugraha said...

nikmatnya....Obat Rematik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.