BEN ASHAARI

Wednesday, January 28, 2015

KACANG POOL MUDAH MEMASAKNYA..

rsz_kachang_pool

Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cuma sempat masukkan entri kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Negeri2 lain mungkin mereka kurang tau apa itu kacang pool. Masakan ini dibawa masuk oleh orang2 Arab dan timur tengah sejak lama dulu dan lama kelamaan ia menjadi sebahagian dari himpunan resipi tradisi. Ia sejenis pencicah untuk roti dan sebagainya. Dimasak bersama daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil 'foul medammas. Kebiasaannya che mat guna yang jenis dalam tin jenama Kimball atau ada juga jual di kedai2 orang Arab sepertu Suria dan sebagainya, tapi jenama arab dan tetap kacang pool yang sama. Selain kacang pool, boleh juga dimasukkan kacang2 lain. Che mat sendiri masukkan 1 tin baked beans, 1 tin taco mix beans, itu semua ikut selera anda. Kalau nak guna kacang pool sahaja pun boleh...

rsz_kachang_pool1

Kacang pool kebiasaannya dihidangkan bersama telur mata kerbau, bawang besar yang didadu, tomato yang didadu, hirisan cili hijau (che mat campur hirisan cili merah), limau kasturi dan juga sedikit minyak sapi yang dipanaskan. Memasak kacang pool amat mudah dan tak perlu bahan2 yang banyak sangat. Kalau anda nak gantikan daging lembu pada daging kambing pun boleh. Kali ni che mat cicah kacang pool dengan roti naan, Roti naan beli di Tesco jenama Mission, sedap juga roti naan tu, panaskan dulu dalam kuali sebelum anda makan sama kacang pool. Makan dengan roti tu dah biasa sangat. Ia sebenarnya tiada had, anda nak makan sama roti canai atau lempeng pun boleh. Ingin cuba memasak kacang pool?...Che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging lembu, yang dicincang
1 tin kacang pool (contoh di sini )
1 tin kecik baked bean (che mat guna cap ayam)
1 tin red beans, sebarang jenama
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti naa, roti perancis atau sebarang jenis roti
Bawang besar, didadu kecil
Tomato, didadu
Cili hijau/cili merah, dipotong
Limau kasturi, dibelah 2
Minyak sapi dipanaskan hingga cair

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Latek daging cincang dalam tapis, kemudian cuci dibawah air paip, toskan. Kacang pool diramas tapi tak perlu sampai lumat, hanya pecah2kan sahaja. Satukan rempah kari dan serbuk ketumbar, tuang air (anggaran 1/3 cawan) dan kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak 7 - 8 minit.
  3. Tuang air (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan kacang pool. baked bean dan kacang merah (tak perlu ditoskan). Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 10 - 15 minit, kacau sentiasa.
  4. Tambah lada hitam tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka cair, boleh tambah sedikit air panas. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  5. CARA MENGHIDANG :- Cedok kacang pool secukupnya ke dalam mangkuk sesuai (untuk seorang makan). Tabur dengan sedikit bawang besar, cili hijau, cili merah dan tomato. Letak sekeping telur mata kerbau. Tuang sedikit minyak sapi panas atasnya dan perahkan jus limau kasturi. Hidangkan bersama roti naan atau roti kegemaran anda...

12 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnya.. teringin nak mkn ni..

syikin maarop said...

terima kasih sudi berkongsi resepi.. :)

Aishah Amin said...

ok..ini adalah melelehhhhh

zulhilmitempoyak said...

nyum3...

first time tau resepi ni.. huhu

Dearie's Couple said...

saya ada ambil resepi ini dr blog che mat.. 1st time saya buat dan itulah kali pertama saya rs kacang pool. Memang sedap.. Then saya selalu buat. 1st time bwk masa hari raya.. habis licin dan makanan pertama habis. Buat pulak dekat rumah mertua di Ipoh, sampai sekarang diaorg akan request kacang pool tiap kali kami balik sana.. Serius memang sedap dan kena dengan citarasa saya dam keluarga. Saya akan pastikan stock kacang dan bahan2 lain sentiasa ada. Sebab selalu akan rasa tetiba nak makan kacang pool. TErima kasih ye kerana kongsikan resepi.. DAn saya minta halal ye..

Saljiah Zafirah said...

first time, sy mkn bende ni kat larkin,johor..hihi.sedap =)
jemput singgah blog sy..

suhaila Johar said...

sedapnya..pernah cuba sekali kat selangor ni..fuhh mmg menyelerakan

♥ Ummu ♥ said...

Arab panggil kacang fuul.. nama english dia fava beans. banyak kacang ni kat mesir, nak try lah, dulu tahu makan aja. terima kasih share resepi. moga banyak pahala mengalir.

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

pagi tadi baru merasa... terus serbu che mat punya blog nak cari resepi.. yey! jumpa!!! tq che mat!!!

Atirron said...

Petang tadi jalan2 ke AEON. Tetiba teringat nak cari kacang foul. Alhamdulillah...dapat juga kali ini akhirnya setelah sekian lama. Esok pagi cadangnya nak sarapan kacang pool. Terima kasih CMG atas perkongsian resepi di atas.

MASAYU HASIM said...

Saya ada share resipi ni kat facebook pastu baru perasan kena minta izin utk post. Saya minta maaf & ingin minta halalkan sebab daa post. Ilmu masakan bila di kongsi bersama pasti dapat pahala.

Nuha Mahshar said...

Dah Cuba Baru je..harap itu rasa kacang pool sbb xpernah cuba b4 this..jemput singgah blog saya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.