PES REMPAH TERBAIK DARI 'TOK MOMMY'S KITCHEN'...

rsz_tok_mommy

Salam semua. Masak apa hari ni?..Macam tu lah soalan untuk orang dapur tak kira lah anda wanita atau pun lelaki. Che mat sendiri pun ada masa buntu nak masak. Lagi2 kalau ada menu permintaan yang agak rumit. Walaupun hari2 masak, tapi ada masa nak dapat rasa yang standard agak sukar dan tetap ada lari sikit. Tapi kini satu jalan penyelesaian. Pes rempah sedia guna Tok Mommy penyelamat masalah anda?..Kenapa che mat kata macam tu...ehemm...selain mudah, rasanya juga 'asli' dan sama macam masakan di rumah.,,ye ke ni?...Mestilah yea, sebab che mat dah cuba dan dah rasa...memang sedap....Masih tak percaya?..Pes rempah Tok Mommy ialah pes rempah segera yang cepat dimasak, sesuai untuk golongan bekerja yang tidak punya cukup masa, tapi suka makan di rumah bersama keluarga. Setakat ini ada 4 pes rempah siap guna, iaitu pes asam pedas, pes kari kepala ikan, pes ayam masak merah dan pes mi bandung muar....jomm kita cerita satu per satu...

rsz_tok_kari_kepala_ikan

Pes rempah kari ikan Tok Mommy yang begitu mudah digunakan, cuma masukkan pes rempah ke dalam periuk, tuang air secukupnya (kalau nak lemak sikit anda boleh tambah santan). Kacau dan bila mendidih masukkan kepala ikan yang telah siap dicuci dan ditoskan. Tambah tomato, bendi atau terung. Masak sekejap hingga sayur lembut dan ikan masak. Ok dah siap..rasanya dah cukup lengkap. Tak perlu tambah garam, atau asam (tapi kalau anda rasa kurang masin, tambah yea).. 10 - 15 minit dah siap masak...sedap pun sedap, cepat pun yea juga. 1 paket hidangan untuk 4 - 5 orang..

rsz_tok_masak_merah

Pes rempah ayam masak merah ini menarik dan cukup mudah disediakan. Pasti anak2 anda suka. Tak pedas dan rasa dia macam masak merah Johor. Cuma kalau anda suka manis, boleh lah tambah sedikit gula. Buatnya pun mudah. anda goreng ayam tapi jangan sampai garing, goreng lembap2. Kemudian panaskan pes rempah ayam masak merah hingga mendidih, tuang air dalam 2 cawan, biar mendidih dan masukkan ayam. Gaul dan masak hingga pekat. Tambah hirisan bawang besar dan hias dengan kacang pis sebelum dihidangkan bersama nasi, nasi minyak atau roti. Sedapp okeh..tak tipu. 1 paket hidangan untuk 4 -5 orang.

rsz_tok_asam_pedas_ikan

Pes asam pedas ikan. Dan yang ni che mat memang syorkan pada mereka yang gemar makan asam pedas tapi tak reti nak masak, atau kurang yakin, risau takut tak dapat rasa asam pedas yang menepati citarasa. Anda boleh cuba yang ni. Cuma masukkan pes dalam periuk, tambah air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ikan pilihan ada. Kalau suka aroma lebih boleh tambah bunga kantan. Daun kesom memang dah ada dalam pes rempah. Boleh masukkan terung. bendi dan tomato jika suka. Sedap makan panas2 sama nasi...dan pes ini juga anda boleh jadikan kuah laksa asam, janji anda kreatif....sedap ke? Kenalah.cuba baru tau. 1 paket hidangan untuk 4 - 5 orang...

rsz_tok_mi_bandung

Pes mee bandung Muar dan yang ni pes paling bess. Berapa orang yang suka makan mi bandung, tapi tak reti nak bikin? Pes ini sedap...kalau anda buat untuk suami dan anak2 atau tetamu, sah2 mereka ingat kan anda sampai bila2..betul. Nak sedap buat macam che mat, tambah hirisan daging dan udang (kalau ada sotong pun boleh masukkan). Pes tu anda cuma tuang dalam periuk atau kuali, masukkan air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan daging. Kecilkan api, pecahkan telur dan biar masak. Tambah udang dan masak sekejap. Masukkan mi kuning, tambah tomato dan sawi. Masak sekejap dan boleh hidangkan. Rasa dah cukup sempurna pada che mat....Selain itu pes ini juga boleh anda gunakan untuk goreng kue teow, mi hoon dan mi kuning...1 paket untuk hidangan 4 - 5 orang bergantung pada penggunaannya... Jangan lupa LIKE page FB TOK MOMMY'S KITCHEN untuk memudahkan anda bertanya sebarang maklumat. Untuk senarai harga anda boleh rujuk gambar di bawah ini...



Post a Comment

16 Comments

  1. Dkna nak order pes ni.. hehheee...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyerr PC Mat :D terliurr dh ni haa..wlpn bru pg..ase nk mkn skrg..hehe

    ReplyDelete
  3. Perghhhh... hari ni gak nak order... nak masakkan utk wife supaya dia kagum till jannah... hahaha...

    ReplyDelete
  4. perghhhh boleh la celen cik mat kalau guna pes rempah tok mommy ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha...kagum till jannah... Terbaek la.. Tp klu buat suprise pun mesti dia kata beli..huhu

    ReplyDelete
  6. Wahh nampak sedapp tuuuu..Hatga pon berpatutan ..Kena rajinmasak jer kan PCM

    ReplyDelete
  7. Semua nampak sedap :)

    ReplyDelete
  8. orang brunei nk order boleh dak cikmat

    ReplyDelete
  9. @Bicara Kak Noor - akak cuba wassaap no yang tertera atau akak pergi ke page FB dia orang, dan cuba msg mereka tanya samada mereka buat penghantaran ke Brunei atau tidak...

    ReplyDelete
  10. Kompom teman borong. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.