BEN ASHAARI

Thursday, September 4, 2014

KEK MARBLE LEMBAP

rsz_moist_marble_cake1

Assalammualaikum. Baru ada masa nak update blog. Hari ni che mat bikin kek, kek marble lembap yang lembut. lembap dan harum dengan bau mentega. Dah 3-4 hari sebenarnya bercadang nak mem banking, tapi ada saja hal lain. Mentega pulak asyik keluar masuk peti sejuk. Baki mentega masa che mat bikin kek raya tu hari masih ada. Dari menyibuk dalam peti sejuk, baik gunakan untuk buat kek. Resipi asal menggunakan tin 4 segi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, tapi che mat buat dalam bundt - pan. Boleh juga dibakar dalam tin bulat 9 inci. Kek akan menurun sedikit selepas dibakar, ini biasa berdasarkan bahan2 yang digunakan. Tapi ia tetap mengekalkan bentuknya, maksud che mat ia tak mengecut...

rsz_moist_marble_cake

Cara membuatnya sedikit berbeza dari kek biasa. Kaedahnya seakan2 membuat kek lapis, dan ini menjadikan kek lembut dan gebu. Telur yang digunakan juga perlu disejukkan dalam peti sejuk. Kadang2 che mat baca di timeline FB, ada yang mengeluh bila kek yang mereka bikin kurang menjadi dengan sempurna atau tidak jadi langsung. Nasihat che mat, sebelum buat baca betul2 bahan yang digunakan terutama sukatan. Jika dalam resipi guna cawan, gunalah cawan, jika timbang, gunakan timbang. Mesin penimbang bahan2 kek pun tidak lah mahal sangat. Nak lebih jitu boleh guna mesin timbang digital. Ini semua memudahkan kerja anda. Resipi asal dari Kak Azie yang comel, ayu dan handal didapur....Terima kasih kak, sudi berkongsi resipi...Jomm kita bakar kek pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega
170 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
150 gram gula kastor (resipi asal guna 170 gram)
3 camca besar susu pekat manis
1 camca besar ovallate
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar sebuk koko + 4 camca besar air panas + 1 camca teh perisa mocha = kacau hingga jadi pes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna bundt-pan atau acuan kek berlubang tengah, hanya perlu lenser dengan mentega rata2). Ketepikan.
  2. Putar mentega, susu pekat manis hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mangkuk kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus putar hingga putih telur kental.
  3. Masukkan ovallate dan putar lagi hinga sebati. Sederhanakan kelajuan dan masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Kemudian masukkan pula adunan mentega, putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata dan sebati. Tambah esen vanilla dan kacau rata.
  4. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah bancuhan serbuk koko tadi dan kacau rata2. Tuang 1/2 bahagian adunan biasa, kemudian adunan coklat (tinggalkan sedikit) dan tuang lagi baki adunan biasa hingga habis. Baki adunan coklat ditepek2kan atasnya. Menggunakan chopstick atau pisau, buat beberapa pusingan. 
  5. Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit atau hingga masak. Kek akan turun sedikit bila sejuk. Hidangkan untuk minum petang..

8 comments:

Azie said...

As salam. Malu lah bila sifu macam Che Mat puji kita. Saya memang pengikut setia blog DTS. Ramai kawan kawan di pejabat pun peminat blog DTS.

Ummu Madihah said...

Salam Che Mat,

Pertama kali saya guna bundt pan, saya lenser dengan mentega sahaja dan kek melekat pada acuan! Kalu kedua saya lenser dengan mentega dantabur tepung, pun melekat juga. Macam mana ya???

Cik Aann said...

sedap sungguh kalau tengok che mat gebu gebas ni masak..masak la ape2 pon mesti nampak sedap..kalaulah kek tu boleh keluar dr PC ni kan lagi sedap..hahahah

Kurus dengan SHAKLEE: LOST 3KG in A MONTH

simaasyamimi said...

Bestnya tergugat iman betul. Tapi kek kite tak jadi jadi lagi. Bahan bahan dah beli berkurun lamanya dah kikiki

Lynn Munir said...

Sedap dan terus rasa lapar bila masuk ke DTS blog ni.

Eny Abdullah said...

Cik mat, saya cuba kek ni sedapppp.. mohon copy dan share di blog saya... :)

badtooth said...

Resepi cik mat semuanya sedap dan menjadi! Saya smpai gadoh2 ngan officemate sebab depa kata depa buat tak jadi..alhamdulilah setakat yg sya buat ni semua menjadi asal sukatannya ikot resepi dan jngan dok derhaka.tq bnyak2 cik mat, hasben pon excited bila kata amik resepi dts ni.

Hazlini said...

Salam.

Nak tanya, putih telur kita pukul sampai medium peak (seperti dalam kek chiffon) atau sampai stiff peak (seperti untuk pavlova)?

Terima kasih.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.