BEN ASHAARI

Thursday, July 3, 2014

MASAK LEMAK CILI PADI BABAT SAMA REBUNG...

rsz_mlcp_rebung_babat
Assalammualaikum, salam 5 Ramadan. Hari ni mungkin che mat masak yang simple saja lah. Sebab semalam masak lemak cili padi babat sama rebung dan masih berbaki lagi. Bila bulan puasa, masak pun idok leer ganas2 sangat. Malas nak menyimpan dalam peti sejuk, tu memang che mat kurang suka. Kalau boleh masak lepas tu makan habis, sudah senang cerita. Che mat guna kurang lebih 1 kati babati (600 gram) dan sebungkus rebung jeruk (yang ni agak2 saja lah). Sebab bulan puasa, che mat kurangkan penggunaan cili padi, takmo pedas2. Resipi mungkin anda dah selalu lihat dalam blog. Tapi tak salah kan che mat tulis lagi....psttt!!... semalam che mat test minum susu kambing Nutri Goat Miracle 8, hari ni rasa bess aje, segar aje...tidur pun nyenyak malam tadi...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram babat lembu @ perut tuala
500 gram rebung jeruk
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus babat hingga lembut, toskan dan potong kecil. Rebung jeruk dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama2 babat tadi. Tambah bahan2 kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap
  2. Tuang santan cair, dan masukkan asam gelugor. Masak hingga rebung lembut, kalau perlu tambah sedikit air. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau selalu dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.


5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ala.. kurang pedas tak kick lah pulak, kan..

Eiryz Eilyz said...

teringat rebung madu dalam esbox...boleh masak nanti

husna zahidi said...

babat?? google lelaju..

husna zahidi said...

perut rupanya.. tak taw plak ada namanya sendiri.. hehehe..

sedapnya rebung..

husna zahidi said...

perut rupanya.. tak taw plak ada namanya sendiri.. hehehe..

sedapnya rebung..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.