BEN ASHAARI

Thursday, June 26, 2014

TIPS DAPUR DI BULAN RAMADAN..

Assalammualaikum, entri kali ini lain sikit dari selalu...buka masak2 tapi masih ada berkaitan dengan masakkan. Kadang2 bila bulan puasa, terutama yang bekerja, masa agak terbatas, bekerja lagi, nak masak lagi...peninggg!. Ke bazar tu memang boleh, tapi memasak pun perlu juga untuk keluarga. Oleh itu, entri kali ni jomm kita share tip2 di bulan ramadan bagi memudahkan kerja2 anda di dapur. Che mat pun bukan lah pandai sangat dalam hal2 ni, apa yang che mat tulis dan kongsikan hanya berdasarkan pengalaman di dapur. Anda pun kalau ada tips berguna boleh tinggalkan di ruangan komen, kita bertukar2 idea....Selamat berpuasa semua!!..

1 - Untuk yang bekerja che mat cadangkan anda boleh siapkan plan untuk seminggu, kalau ada ikan atau ayam, siang dan bersihkan dulu. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Asing2kan dalam plastik bersih. Kalau rajin, anda boleh labelkan plastik beg tadi untuk dimasak pada hari apa. Setiap plastik isi secukupnya ikan atau ayam untuk anda masak pada hari itu. Biasanya bulan puasa menu simple2 lebih disukai....

2 - Kupas bawang putih, bawang merah, bawang besar dan kisar secara berasingan. Kisar juga cili kering (kalau suka). Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk. Tak perlu lah kisar terlalu banyak, kalau lama2 sangat pun rasa dia nanti tak sedap. Anda agak2 lah untuk masak 3 - 4 hari macam tu.

3 - Pes2 masakan segera juga perlu ada, terutama untuk dimasak waktu sahur. Pes2 ini anda boleh beli atau boleh buat sendiri dan bekukan. Ok, che mat kasi contoh, macam asam pedas. Anda boleh buat rencah2 asam pedas dan tumis seperti anda buat sambal tumis. Masak dengan api kecil hingga naik minyak. Kemudian sejukkan, simpan dalam botol dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak guna, anda tinggal didihkan air, cedok pes tadi (yang ni agak2 lah yea) dan masukkan. Tambah asam jawa, masukkan ikan, daun kesom dan sayuran seperti terung, bendi atau tomato. Sesuaikan rasa, dah siap...Begitu juga sambal asas untuk anda masak mi goreng dan sebagainya. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk.

4 - Satu lagi yang che mat selalu nampak bonda buat kalau beli sayur seperti kangkung, pucuk manis dan sayur2 berdaun, ialah, sayur2 tadi biar dalam keadaan kering, kering kat sini bukanlah layu, tapi tak basah. Kemudian disiang dan simpan dalam bekas plastik bertututp (guna bekas plastik bulat yang isi kuih baulu, saiz besar). Kemudian simpan dalam peti sejuk. Tahan sampai 3 hari atau lebih, sayur tak lecur pun, masih segar. Ini juga anda boleh pratikkan dalam bulan ramadan untuk mempercepatkan kerja...

5 - Kalau ada lebih2 air minuman yang tak habis pada masa berbuka puasa,..apa kata anda jadikan eskrim Malaysia. Tapi bila dan jadi eskrim, jangan pulak dimakan tengah hari esoknya, kes naya tu. Kalau ada 2-3 jenis air, lagi bess, jadikan eskrim semuanya. Selain air, manisan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam juga anda boleh jadikan eskrim Malaysia. Hmmm...sedapnya..

6 - Kalau anda masak menu yang agak susah dan berat seperti rendang atau kari daging. Boleh saja didingin bekukan untuk dimakan pada hari2 mendatang. Yang penting, anda kena biarkan masakan tadi betul2 sejuk. Isikan dalam bekas, tutup rapat dan terus masukkan dalam freezer, seelok2nya kasi label lah, samada rendang atau kari. Bila nak makan, panaskan dalam microwave. Jangan kata 'hek eleh' dengan apa che mat tulis ni. Bila anda kesuntukkan masa, ia pasti membantu..

7 - Simpan air rebusan untuk memudahkan kerja anda, manalah tau kalau anda nak bikin mi sup ke atau mi2 yang berkuah. Air rebusan samada air rebusan tulang lembu atau ayam, anda boleh bekukan. Ada che mat nampak dia orang bekukan dalam bekas untuk membuat ais kiub. Jadi bila nak guna ambil beberapa ketul dan masukkan ke dalam kuah. Masak megi pun boleh masukkan juga untuk rasa lebih ampuh. Kaedah ini boleh anda praktikkan kalau tak suka guna kiub2 ayam atau daging..

8 - Sardine antara makanan segera yang menjadi pilihan untuk bulan puasa terutama masa bersahur. Jangan lupa simpan beberapa tin dalam kabinet dapur anda. Sardine tin saiz sederhana pun dah cukup, tapi ikut bilangan keluarga anda lah. Kalau tak habis pun takpe, boleh dioter jadi sandwich masa berbuka nanti, atau boleh dicampur dalam inti karipap. Selain sardine dalam tin, kalau suka boleh juga simpan stok sotong dalam tin...

9 - Untuk mendapat rupa paras cincau yang cantik, anda boleh parut cincau tadi, guna parut yang saiz lubangnya kasar, jangan yang halus sangat. Kadang2 ada juga yang cincang kasar, yang ni terpulang, tapi che mat suka cincau diparut. Satu lagi, bancuh air cincau bila waktu berbuka dah hampir, kalau anda bancuh awal sangat, nanti rasanya kurang enak. Rasa tak bes. Apa yang anda boleh buat, siapkan air masak, air gula dan ais secukupnya. Ok, bila dalam 6-7 minit nak masuk waktu berbuka, masukkan air, air gula, ais kiub dan cincau. Untuk tau air cincau anda cukup manis, bila anda letak cincau, cincau terapung...Boleh juga campur dalam sirap bandung...

10 - Acar ikan masin juga boleh anda simpan sebagai stok berbuka puasa atau bersahur. Boleh beli (dah ramai jual secara on9), atau mana2 yang rajin tu anda boleh buat sendiri, resipi ada di sini. Buat banyak2, dan simpan dalam botol. Masa menumis, taruk minyak lebih sikit, biar acar tu tenggelam masa anda simpan dalam botol. Nak makan cedok isi saja. Rasanya acar ikan masin dah ok sangat untuk bersahur, tambah telur dadar dan semestinya renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN...ehemm...

22 comments:

Cik CT said...

terima kasih cikmat..entry yg ni sgt supportive..sabtu ni nk ready bahan2 siap2.

husna zahidi said...

senang bila dah siap2 sedia bahan nih..kalau kesuntukan masa memang diperlukan sgt2..:)

sue said...

tips yang bagus..

syalinda johari said...

Tq che mat..sgt2 berguna

MamaFaMi said...

Macam ku kenal aje dapur ni.....mmmm...dapur siaaaapaaa ye? Hihihi....

SITI ZUBAIDAH YUSOH said...

Thanks for the tips Cik Mat. Selamat berpuasa.

norhidana miswan said...

mekasih cik mat sbb share semua info yg sgt berguna nih, mmg sgt2 praktikal di bulan puasa nih ngn masa yg terhad utk prepare juadah berbuka n bersahur...

selamat berpuasa ye

Amal Salleh said...

gudtips !! thanks :)

Nani said...

terima kasih Che Mat, info yg sgt membantu kami2 yg kerja nie..

Juga ucapan Selamat Berpuasa kepada semua...

maqnie nurseri said...

Menarik dn maq akan cuba tips ni ..insyaallah ..tq Che Mat ye ..

ummisara said...

che mat...

thanks for the tips...!

Fara Nawawi said...

tips yg sgt berguna. :) Fara mmg selalu masak utk stok 1-2 minggu. Penat utk 3-4 jam. Siap masak, lepas tu frozen kan dlm freezer. Mmg kalau nak masak hari2 tak sempat. Nnt semua org dlm rumah mkn pukul 10. Heh.

O'gosh Iskandar said...

mekasih che mat....mmg tips yang sangat berguna..

Nor said...

Mohon Share Che Mat

Kak Nik Ja said...

Assalam Che mat...kuih2 pun KNJ dah buat frozen dah..karipap, cucur badak, pau goreng , donut...KNJ tak de microwave tapi klau nk panaskn balik biasenya KNJ guna pemanggang ajaib tu..Alhamdulillah rasenya masih sama

amirah said...

bagusnya tips2 ni...boleh dipraktikkan nanti..tq che mat

sya mokthar said...

thanks che mat..
part pes asam pedas yang bes tuh..
kalau pes tu masuk dalam tempat sejuk beku tu boleh jugak kan che mat?
boleh buat byk2..n tahan lame.
stok sampai ujung tahun.
choii..pemalas tahap mintak penyepak je ni...hihi..

Dessert Paradise said...

Che Mat, thanks for the good tips.. saya memang selalu sediakan bawang lada yang telah diblend wpun bulan tak puasa... lauk pauk pun sebelum simpan dlm freezer, saya pack siap2 untuk sekali masak... jadinya senang masa nak masak pagi2 sebelum pergi kerja...

Thanks for your receipe also che mat... It helps.

Along Najwa said...

Tq Cik Mat. Definitely sgt berguna tips2 tu. Paling best yg aiskrim n sayur tu :) mcm tau2 je saya tgh cari tips2 mcm gini. Selamat ramadhan Cik Mat!

wan said...

Tq CM amat membantu moga sentiasa beridea ntuk dikongsi

wan said...

Sayur tu selalu saya buat tapi guna bekas bertutup yg siap ada penapis dlmnya sayur segar .

momnsofea said...

Tq byk2..che mat moga berkat ilmunya.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.