BEN ASHAARI

Saturday, January 4, 2014

ACAR IKAN MASIN....

rsz_acar_ikan_masin (1)

Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni che mat buat acar ikan masin, che mat guna ikan masin kurau. Kadang2 benda yang kita tak rancang akan menjadi dengan sempurna, contohnya acar ikan masin yang che mat buat ni, bukan dirancang tapi che mat bikin setelah melihat sorang teman FB, Puan Monaliza Mohammad Diah tayang kat wall Fb beliau, dan yang menariknya resipi asal acar ikan ini dari Arwah Noreen Nor, artis terkenal sekitar tahun 80-an. Selain ikan kurau anda boleh guna ikan talang atau ikan merah. Apa yang perlu, anda rendam dulu hingga rasa masin ikan berkurangan. Kalau ada rasa lemak2 masin tu adatlah kan dah nama pun ikan masin..

rsz_1acar_ikan_masin1
Che mat ikut seperti yang disyorkan dalam resipi dengan menggunakan 300 gram isi ikan kurau masin. Kalau tanya che mat, sedap ke acar ikan masin ni...nak kata jujur ke?..Rasa dia kan...ohsemmm sangat, tu pada che mat lah. Lemak2 masin tapi takdelah masin sampai nak bunuh diri, dan manis2 sikit. Tang manis tu anda adjust lah sendiri, sama juga rasa masamnya. Rasa che mat, acar ni anda boleh masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Lebihkan sedikit minyak masak menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. Masa nak makan tak perlu lah kaut sekali dengan minyak, ambik isi sahaja. Apa2 pun terima kasih che mat pada Kak Monaliza Mohammad Diah, dan moga pemberi asal resipi, Arwah Noreen Nor menerima ganjaran pahala dengan perkongsian ini...Al-Fatihah.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi ikan kurau masin (boleh guna ikan talang)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi (che mat guna cili padi merah dan hijau)
2 tangkai daun kari, dilurut
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 camca besar penuh gula melaka
Cuka secukupnya (che mat guna 3 camca besar cuka JALEN)
Secubit garam

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
1 camca teh halba*
1 camca teh biji sawi*(*digoreng tanpa minyak hingga harum kemudian kisar kering hingga halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Isi ikan kurau dipotong kiub pada saiz sederhana atau potong bentuk memanjang. Rendam 1 jam dan tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan goreng 1/2 masak, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), tumis daun kari dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan rempah yang dikisar kering, kacau rata dan masak sekejap hingga wangi.
  3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan masin tadi. Gaul rata dan tambah sedikit air. Kacau rata.
  4. Masak hingga pekat, rasa dan boleh tambah sedikit garam dan jika anda suka acar manis sedikit, boleh tambah sedikit gula lagi. Boleh hidangkan bersama nasi panas....


4 comments:

DZ said...

Acar ikan masin... Yum yum yum... Saya pun mmg suka sangat dengan acar ikan masin, memang terangkat selera teringat pula esp untuk Sahur bulan Ramadhan - nasi panas, telur dadar n satu sudu besar acar sudah memadai... TQ for sharing

mama said...

Nampak sedap..thanks atas perkongsian..

Kjee said...

Macam tahu jer apa dalam fikiran Kjee. Kjee ada isi ikan talang... memang rancang nak buat acar ikan masin minggu depan! Kali ni buat nak cuba resipi Che Mat pulak lah.

Sis Lin said...

Sedapnyaaa..klu bt simpan dlm botol tahan lama ek...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.