SERI KAYA PANDAN...

rsz_seri_kaya_pandan

Salam semua, petang tadi sebab che mat pun sorang2 kat rumah, rasa macam bongok campur bingai aje bila dok sorang2. Maka ku buatlah kerja2 tak senonoh kat dapur...ehemm... Buat seri kaya pandan lahh!..bukan benda lain ok. Mula2 memang tak kuasa nak bikin, tapi teringat kat Bak, kadang2 bila nak makan roti, lempeng atau biskut krim kreaker, Bak mencari gak lah seri kaya. Kalau masa takde, nak buat macam mana yea tak. Tapi ada masa, bila seri kaya ada, kurang pulak yang mencari, sampai berkulat sebab bertapa lama nau dalam peti sejuk...haishh. Che mat sendiri memang kurang lah dengan seri kaya, sebab manis pun yea juga. Sebab yang lepas dah buat seri kaya karamel, jadi ni hari bikin seri kaya pandan pulak. Senang aje, sama macam resipi yang lepas tapi ada penyesuaian bahan2 sikit.

rsz_seri_kaya_pandan1

Untuk resipi seri kaya pandan ini dapat lah kurang lebih dalam 2 1/4 cawan. Che mat tak guna sebarang pewarna hijau yea, tu semua warna asli dari daun pandan yang dikisar bersama pati santan. Masa masak tadi, macam nak buat kepala kuih seri muka pulak. Bau dia kus semangat, harum dan takde rasa ke telur an langsung. Masa masak tu letak lagi sehelai daun pandan. Ada orang kata nak dapatkan seri kaya yang halus guna kuning telur sahaja. Che mat tak kesah lah jadi halus ke tak, janji Bak suka. Cuma kalau halus, nampak more presentable lah kan bila kita hidangkan. Satu lagi seri kaya ni takde guna tepung, cuma guna pati santan, telur, gula dan perisa (perisa tu samada daun pandan atau karamel). Boleh dikatakan 100% bahan2 semulajadi, takde pengawet2 atau pewarna tiruan yea...Nak resipi?..Ok jomm che mat kongsikan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
4 helai daun pandan (kalau daun pandan saiz kecil, guna 5 helai)
180 gram gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar atau blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
  2. Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
  3. Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga seri kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi seri kaya pandan dalam botol bersih yang telah direbus dan dikeringkan terlebih dahulu. Biar seri kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Selamat mencuba!!.

Post a Comment

4 Comments

  1. terliuq teman nengok nye CM..:-)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..nanti boleh try ni CM...

    ReplyDelete
  3. sedap tu cik mat. Kc ni sokmo membeli. tak pernahnya membuat sendiri. hehehe.

    ReplyDelete
  4. cik mat.... ni boleh tahan berapa lama kalau simpan dalam peti ais ?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.