Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat tak masak...errr, tapi masak..tu macam dalam gambar atas ni, che mat lah masak untuk akan tengah hari tadi. Sebenarnya bila home alone, tak kuasa nak masak yang bukan2, bikin apa yang kita nak makan sudah lah. Kalau dapat yang ringkas dan senang. Mesti ada yang tanya, kenapa kuey teow che mat dalam mangkuk tu tak kasar macam kuey teow biasa. Sebenarnya itu kuey teow kering jenama A1. Che mat suka guna yang kering tu sebab satu bungkus tu ada beberapa keping kue teow kering yang cukup untuk makan seorang untuk setiap keping. Che mat guna perencah biasa2 saja. Sebab ada stok air rebusan daging, boleh digunakan sebagai kuahnya. Kalau takde anda boleh guna kiub pati ayam atau kiub pati ikan bilisMAGGI, cuma rasanya berbeza sikit dari guna air rebusan daging. Resipi amat mudah, sesuai untuk orang2 bujang. Kanak2 pun sesuai makan kuey teow sup resipi ini. Ok che mat kongsikan resipinya (yang ini untuk seorang makan)...Sebelum tu jomm singgah sini...ada apa?...singgahlah tengok, khas untuk hari raya nanti....Jommm..
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor udang bersaiz besar, bersihkan
3 biji bebola ikan, belah 2 setiap 1 atau biar bulat2
1 pokok kecil sawi bok choy, dibersihkan dan tak perlu dikerat
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping nipis hirisan halia, diketuk
1 pokok kecil daun bawang, kerat kasar
400 ml stok rebusan daging
1/2 camca teh serbuk lada sulah 'aji-shio'
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 keping kuey teow kering A1, rebus 1 minit dan toskan
Hirisan daun bawang
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH :- Panaskan 1 camca besar minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan daun bawang dan air rebusan daging. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan udang dan bebola ikan. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah serbuk lada sulah, sawi bok choy dan minyak bijan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK KUEY TEOW SUP :- Masukkan kuey teow ke dalam mangkuk. Susun udang, bebola ikan dan sawi bok choy atas kuey teow. Tapis kuah sup sebelum dituang ke dalam mangkuk berisi kuey teow tadi. Hias dengan hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Hidangkan segera. Sedap dimakan panas..
3 Comments
Ni katanya MALAS? Ty rasa ni tahap RAJIN dah PCM..
ReplyDeletekalau saya nak masak macam ni pun memerlukan kerajinan..masak megi baru malas namanya..huhu
ReplyDeleteRingkas dan cepat. Yang penting 'very healthy', kan cik mat.
ReplyDelete