BEN ASHAARI

Saturday, May 10, 2014

RENDANG AYAM PENCEN....

rsz_rendang_ciken_old

Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni che mat masak rendang ayam untuk bonda berbuka puasa petang nanti. Rendang che mat masak awal, dan petang sikit baru masak nasi dan goreng sedikit sayur. Kalau dapat rendang daging lagi bes, tapi kesian pulak kat Bak, nanti tak boleh makan. Kata bonda, kalau ada nangka muda, boleh masukkan dalam rendang. Che mat guna ayam pencen untuk masak rendang ni dan seperti anda sedia maklum, che mat kalau masak gulai guna ayam macam ni atau daging (kecuali daging batang pinang), memang guna periuk tekanan. Ada yang takut nak guna, dikhutiri ia meletop. Insha Allah kalau anda guna dengan cara yang betul dan ikut arahan dari pihak pengeluar, ia takde masalah. Periuk tekanan dicipta untuk memudahkan kerja kita dan menjimatkan gas. Kalau ada gunalah dan serius kerja anda bertambah cepat...

rsz_rendang_ciken_olad1
Rendang ayam seperti anda tau, sesuai dimakan bersama ketupat, lemang, nasi berperisa dan nasi putih. Kalau disajikan bersama nasi lemak pun sedap. Ok, ni tips untuk bulan puasa, anda boleh masak lebih, kemudian masukkan dalam bekas dan bekukan, tapi kena kasi rendan sejuk dulu lah yea, sebelum ditutup bekasnya dan simpan dalam freezer Bila nak makan, panaskan dalam mikrowave. Lagi elok anda asingkan dalam bekas2 berlainan, mungkin buat dalam 3 - 4 bekas. Jadi kalau nak makan, tak perlu lah dihangkut keluar satu bekas besar, kemudian kena panaskan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu tak habis simpan balik, nak makan panas balik, lama2 rendang pun jadi serunding dah...kering kontang..betul tak?....Ok jomm che mat berkongsi resipi rendang...bersedia?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen atau ayam tua
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
1.2 liter santan
Air panas secukupnya
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam biji
6 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak). Masukkan daun limau puru, kerisik, gula melaka dan asam gelugor. Kacau rata.
  4. Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.


3 comments:

roza said...

same macam arwah mak sye masak...rindu pada masakan mak...

Bannister Road said...

bila che mat nak datang rumah.. tolong masak..he he he...

Azura said...

Siap...thx ya.... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.