LONTONG, SARAPAN ORANG JOHOR..

rsz_lontonggg
Assalammualaikum, salam Selasa. Lontong sarapan orang Johor dan ia boleh juga dikira merangkap makan tengah hari jika anda malas nak masak...macam che mat...hehe. Kalau orang Johor, lontong ni kira dah biasa. Apa itu lontong?...Kalau di Johor dan Singapura (mungkin juga di beberapa daerah di Indonesia), lontong ialah beras yang dimasak dalam daun pisang yang dibentuk seperti silinder dan direbus beberapa jam hingga ia menjadi padat seperti ketupat. Dan dimakan bersama kuah lodeh serta bahan2 pelengkapnya. Ia antara hidangan popular semasa hari lebaran. 

rsz_lontonggg1
Tempoh hari masa teman FB che mat kasi tau, kalau di Singapura, mereka hidangkan lontong dengan begedil sebagai salah satu bahan pelengkap selain telur rebus, serunding dan sambal tumis atau kuah kacang. Jadi begedil yang che mat buat tu hari digandingkan bersama lontong ini...ok lah, rasa dia pun boleh masuk juga dengan lontong (sebab biasanya kami makan dengan soto atau dimakan begitu saja, cicah sos). Satu lagi nak cerita, pasal kuah lodeh, ada macam2 versi, yang gaya masak lemak biasa pun ada, ada yang ditumis dan sebagainya. Kali ni che mat buat yang ditumis. Anda boleh juga guna rencah udang hidup atau udang kering. Ok, resipi pun senang saja...semua orang boleh cuba....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 tangkai kacang panjang, hiris serong
1/4 biji kobis bulat, hiris, cuci dan toskan
1 biji lobak merah saiz sederhan, dipotong macam anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecik, kupas dan potong macam anak mancis
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
2 keping tauhu, dipotong kiub
1 cekak soo hoon, kerat pendek
Fucuk @ tauhu kering selebar 2 tapak tangan orang dewasa, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang serai, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
1.5 liter santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan
1 camca teh jintan manis (optional)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat nasi secukupnya
Telur rebus, dipotong 2
Serunding
Begedil
Sambal tumis @ sambal kacang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar), tumis serai dan lengkuas tadi, masukkan bahan2 kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Tuang santan cair dan kacau rata.
  2. Masukkan sayur2 dan bahan2 yang keras dahulu seperti lobak merah, sengkuang, tempe dan fucuk (toskan), kacau dan masak hingga lembut. Tambah kacang panjang, tauhu dan kobis, gaul rata dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Biar mendidih sekejap.
  3. Tambah soo hoon dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil dan kacau perlahan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LONTONG :- Masukkan ketupat  atau nasi impit dalam mangkuk sesuai, tuang sayur lodeh bersama2 isinya. Hias dengan telur rebus, begedil, serunding, sambal tumis atau kuah kacang. Hidangkan segera untuk sarapan atau boleh dinikmati bila2 masa...Selamat mencuba!!

Post a Comment

9 Comments

  1. Nice post.. Jemput ke blog saya..
    http://hudakassim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. esok mahu cari larrrrr... suka goda2 orang tau.. ke lautlah nak jaga diet ni haaaa...

    ReplyDelete
  3. baru lepas buat tapi bila tengok che mat buat..terliur balik..huhu

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa lapar tgk gambar tu...
    emmm..sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya bukan orang Johor saya sangat suka makan lontong.

    ReplyDelete
  6. Walaupun saya bukan orang Johor saya sangat suka makan lontong.

    ReplyDelete
  7. Walaupun saya bukan orang Johor saya sangat suka makan lontong.

    ReplyDelete
  8. Mak saya orang Perak tapi kalau raya dia ske wat ni so ia telah menjadi makanan trademark famili bile dtg umah mak mesti carik ini! Arghh sedapnyaaa.. lamabt la plak nak raya. Bang Mat mai seppinggan haha... Jemput singgah: Dulu lain, sekarang lain.. Iye ke?

    ReplyDelete
  9. Lontong...lontong.. mari laaa. makan
    lontong he he he....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.