KARI AYAM KAMPUNG BERKERISIK

rsz_kari_ayam_kampung
Assalammualaikum, salam Isnin...anda apa khabar?...Semalam che mat masak kari ayam kampung berkerisik. Ayam kampung pemberian saudara che mat. Kalau dulu kami memang bela sendiri, tapi sekarang tak lagi. Selaluya ayam kampung dipelihara bebas dan mengikut pesanan seorang ustaz, kalau nak sembelih ayam kampung kena kurung dulu dan kasi makan jagung untuk proses penyucian, kalau tak silap che mat kena kurung 3 hari. Menu kari ini atas permintaan Bak, dan selalunya ayam jantan menjadi pilihan untuk masak gulai atau kari. Ayam betina sesuai untuk dibuat sup, tu kata bonda, che mat ikut saja. Kalau aku, semua boleh, nko campakkan aje jantan betina sekali harung dalam piuk, cuma kalau ayam muda atau tua tu kena lah asing. Saiz ayam yang che mat guna kurang lebih 1 kg. Kalau takde ayam kampung, boleh guna ayam pencen, tapi rasa ada beza sikit. Che mat bukan makan sama nasi, tapi......

rsz_kari_ayam_kampung1
....Makan sama ketupat, tiba2 feel hari raya pulak...tu nasib baik takde permintaan kuah kacang, kalau tak sah hari2 hari raya. Tapi Bak kan gout mana boleh makan kuah kacang, ada kang tak boleh jalan. Bab ketupat ni takde sapa2 mintak, che mat sendiri yang teragak. Satu lagi feberet che mat, kalau makan macam ni, curah sedikit kicap lemak manis JALEN....errr JALEN?...yee lerr, dah dari dulu kicap tu lah che mat makan, tapi kata bonda sebelum kewujudan JALEN, dia orang makan kicap cap rumah api keluaran Yeo Yap Seng...ehemmm alahh Yeo's tu..hehe. Perasan tak daun pisang che mat buat atas?..sampai melengkung sebab cuaca semalam, kus semangat, panas betol...

..Ni ada satu lagi, che mat kalau masak kari, kan suka masuk kerisik, ntah macam mana, kerisik habis semalam, frust juga tau, tapi nasib baik ada kerisik "Nuraini Spice"..yang che mat dapat dari blogger Sari Yusa (kalau nak tanya pasal kerisik dan rempah2 lain keluaran Nuraini Spice, anda boleh inbox beliau di sini). Sedap kerisik ni, rasa dan bau harum kan main. Yelah selalu memang che mat bikin sendiri, tapi tak salah juga simpan sepaket dua untuk masa kecemasan seperti yang che mat hadapi semalam...perghh selamat, kalau tak, kurang kick dah kari ayam ku. Oh yea, satu lagi, kalau anda buat sendiri kerisik untuk dimasukkan ke dalam gulai atau kari, jangan goreng sampai gelap sangat, warna perang2 manja sudah lah. Kalau untuk rendang, gelap sikit takpe, sebab rendang memang warna dia gelap, jangan lupa kasi tumbuk sampai halus dan berminyak....Resipi mudah walaupun nampak panjang berjela....Ok, jomm che mat kongsi dengan anda..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung. (berat kurang lebih 1 kg)
4 - 5 biji kentang saiz sederhana
1 1/2 camca besar kerisik
5 camca besar rempah kari daging (Baba's)
2 camca besar cili kisar (kalau suka pedas, boleh tambah)
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah kecil, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis, perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata2 hingga menjadi pes (tambah sedikit air jika perlu). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang santan cair, kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih dan ayam empuk (kalau kuah kering, tapi ayam belom empuk, tambah air panas secukupnya). Masukkan kentang (toskan) dan asam gelugor. Terus memasak hingga kentang empuk.
  4. Tuang pati santan, masukkan kerisik dan kacau rata2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat, pulut kuning, roti atau lempeng..

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam, Che Mat... ehemmmm.. mekasih Che Mat ya, tataw nak cakap apa selain terima kasih. Mesti ada sebab kenapa ayam (kampung) betina sesuai buat sup dan jantan sesuai buat kari atau gulai.. cer tanya kat ur mom.. nanti bagitau kita tauuuuu...

    p/s Kak Sari tak pernah masak ayam kampung, hehehe

    ReplyDelete
  2. waahhh... waaahhhh... sedap ayam kampung ni yea...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya....tetiba rasa lapar..ni harus buat esok ni.....

    ReplyDelete
  4. Aduh, Che Mat!Buat akak lapo je lah. Huhuhu!Dahlah tengah diet.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.