RESIPI SERI KAYA..

rsz_seri_kaya_karamel

Assalammualaikum, salam semua. Baru che mat dapat nak bersiaran. Pagi tadi tak semena2 streaymix down, line semua ok, tapi tak boleh nak ekses internet. Mula dah nak hangin, bila call TM, dia periksa2 rupanya masalah di port. Dan alhamdulillah petang tadi dah ok. Dan che mat pulak sibuk di dapur masa tu tak sempat nak jengah blog pun. Berkemas2 dan buat pemeriksaan barang2, yang mana hampir expired kena lah gunakan kan dulu. Dan dalam banyak2 benda tu termasukkan santan yang che mat simpan, bukan santan segar, tapi santan kotak (tapi bukan yang lama, baki che mat masak 2 hari lepas). Risau juga takut rosak, ok, kita fikirkan sesuatu untuk habiskan santan yang berbaki dalam 1 cawan. Akhirnya che mat ambik keputusan, kita buat..............

rsz_seri_kaya_karamel1

Seri kaya....ehemm, seri kaya karamel. Not bad, sedap dan sedap...kalau guna santan segar yang baru diperah, lagi lah sedap berganda2. Resipi seri kaya ini mudah dibuat dan tak perlu prosedur yang rumit, dan tak de pantang larang pun. Resipi asal dari Chef Selebriti Puan Norzailina Nordin. Dan che mat kurangkan sedikit gulanya, tapi kalau anda ok dengan rasa manis, boleh saja guna seperti yang disyorkan. Seri kaya memang lah manis, yea tak, dan sapu pada roti pun dalam keadaan sederhana bukan banyak. Rasa seri kaya home made ini tak ubah macam yang anda beli. Malah lagi sedap dan diberkati, nak2 jika anda buat dan hidangkan pada keluarga. Masa2 masak tu kita sertakan dengan selawat dan zikir, insha Allah bertambah2 keberkatannya. Ok, kalau anda nak mencuba resipi seri kaya, che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini...jommm!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A (gred B pun boleh)
300 ml pati santan (kalau dapat guna santan segar)
240 gram gula halus (che mat guna 180 gram sahaja)
2 helai daun pandan, disimpul
60 gram gula pasir*
130 ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, pastikan jangan sampai gelap, nanti pahit. Kacau sentiasa semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, berhati2 semasa menuang , kerana ia akan memercik. Tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
  3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 1 jam. Tutup api.
  4. Keluarkan daun pandan. Isi kan seri kaya tadi ke dalam botol yang bersih (sebelum tu, botol dicuci, rebus dalam air panas 5 minit dan toskan hingga kering, begitu juga dengan penutup botol). Biar seri kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. Boleh hidangkan bersama roti dan sebagainya. Dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya....Selamat mencuba!!...

Post a Comment

12 Comments

  1. Tu diaaaaaa....bagus jugak ni...boleh guna buat kek lapis tak ni?? haha

    ReplyDelete
  2. As salam..boleh nak kasi satu petua?? untuk dapatkan kaya yang lebih halus, gunakan kuning telur sahaja..sebab telur putih boleh jadi berketul2 dan ada bintil2 putih...

    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..mgkin sbb tu che mat tapis cmpuran telur n gula tu eh..

      Delete
  3. @puspawangi - terima kasih berkongsi idea.... ^__^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah baru nak cari resepi nie... Terima Kasih abang @MatGebu... Boleh makan dengan roti... nyum...nyum....

    ReplyDelete
  5. Sedapnya dah lama tak amakn sri kaya ni..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Sedapnye kaya ni...
    Abg Mat ada tak resepi kaya tak guna santan? sbb adik duduk di UK, nak beli santan kat sana punya la mahal dia kata. 1 kotak kecil, harga dah 1 pound...

    ReplyDelete
  7. erm. nak wat pau inti kaya..huhu.harap2 menjadi

    ReplyDelete
  8. Kalau masuk chiller blh tahan berapa lama ye

    ReplyDelete
  9. Salam...sye dh try resepi ni...gula telur ayam kampung 5 bj. Sedappp

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, sya nak tnya. sekiranya kaya yg kita buat cair, perlu adjust apa ya?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.