BEN ASHAARI

Saturday, April 5, 2014

KENAPA AKU SUKA 'TUNA ROLL BUN"....

rsz_tun_roll_bun
Assalammualaikum, salam Sabtu. Lama juga che mat meroti...ehh, tapi beberapa minggu lepas ada kan buat roti?..Hmmm, macam ingat2 lupa pulak, nanti chek balik dalam entri2 lepas. Semalam che mat plan nak buat roti kegemaran che mat dan anak2 buah. Kalau anda yang biasa baca blog DTS mungkin anda tau tuna roll bun antara roti yang paling kerap che mat buat dan ia menjadi kegemaran kanak2 juga. Pernah juga dijamu pada tetamu2 yang datang ke pondok che mat, dan alhamdulillah mereka menyukainya. Tidak lah sukar membuatnya, memandangkan che mat ada bread maker (BM), maka proses menguli che mat gunakan BM. Kalau takde BM anda boleh guna tangan atau cake mixer. 

rsz_tuna_roll_bun2

Sesuai untuk minum petang atau untuk jamuan kecil atau jamuan sambutan hari lahir anak anda. Resipi ini akan menghasilkan 10 biji tuna roll bun bersaiz 4 inci. Kalau untuk kanak2, anda boleh buat comel2, tapi pastikan anda letak dalam bekas atau acuan muffin agar hasilnya nanti kelihatan kemas dan menarik. Kalau anda suka, boleh juga ditabur parutan keju atasnya sebelum dibakar. Dalam resipi ada menggunakan mentega, anda boleh gantikan dengan marjerin. Selain inti tuna seperti che mat buat, kalau anda berani, boleh juga ganti dengan serunding ayam atau daging, kalau nak lagi thrill, cuba guna sambal ikan bilis.....Berani?, Oh yea, tepung roti che mat campur sedikit dengan tepung bersekam atau wheat germ flour, yang ni optional tak perlu letak kalau takde.....Selamat mencuba!!

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.. (untuk cara2 menggunlung tuna roll bun, anda boleh rujuk di sini)

4 comments:

tifa anvar said...

sedappnya tuna roll ni

maya kirana said...

terbaik che mat

||alis|| said...

salam CM

alis gunapakai resepi CM ni utk meroti minggu ni ya, tq :)

En Ahmad said...

Salam semua. Kami adalah pembekal rempah asli tanpa campuran dan rempah Eropah dgn harga pukal yg murah dan berkualiti tinggi. Layari www.theflavourist.com utk senarai penuh rempah kami.

Www.Theflavourist.Com

Terima kasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.