BEN ASHAARI

Monday, February 3, 2014

NASI GORENG CINA...

rsz_nasi_goreng_cin
Kadang2 masalahnya, bila masak nasi kurang, tak cukup...Bila masak lebih sikit tak habis...Haishh pening ok kepala. Last2 apa lagi, nasi goreng lah jawapnya. Satu lagi nasi goreng pun tak boleh pedas2, kena yang lite2 aje, kalau pedas pun cuma pedas2 manja, tak bley pedas 'hardcore'...grrrr....Tak kesah lah janji ada yang nak makan. Mana yang nak pedas tu boleh ulam cili padi. Nasi goreng cina versi che mat boleh dikatakan dalam kategori mudah dibuat. Tapi bukan ke nasi goreng mudah untuk dibuat?...Kebiasaannya nasi goreng cina dimasak pantas. dah minyak bijan antara bahan wajib ada. Penggunaan lada sulah sebagai pengganti cili untuk mendapat rasa hangat. Zaman sekarang ni nasi goreng menjadi hidangan setiap wakttu bukan hanya terhad untuk sarapan pagi sahaja. Ok, siap2 pakai apron dan jommm ke dapur, kita goreng nasi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 keping dada ayam, didadu
1 genggam isi udang
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cicang halus
1 biji telur pukul sedikit
6 tangkai kacang buncis, hiris
1/4 camca teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan wangi. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga isi ayam berubah warna, tambah udang dan kacang buncis. Kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan bila telur kelihatan kental, kacau rata. Gaul dengan bahan2 lain. Tambah serbuk lada sulah (kurang lebih 1/3 camca teh) dan garam secukupnya. Masukan nasi, besarkan api dan kacau rata. Masukkan minyak bijan, kacau pantas. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan....Sedap dimakan panas..

5 comments:

Shafiq Hashim said...

Masuk Blog Nie Terus Lapaq...

shafiqhashim.blogspot.com

Lynn Munir said...

Feveret nih. Sedap.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Nampak enak!

Ismail Said said...

Mcm sedap jer

nur syazwan said...

Tengok gambar je dah tau mesti sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.