BEN ASHAARI

Sunday, January 12, 2014

BRO FRAMESTONE, SEKARANG BERTIGA....

rsz_bro (3)

Assalammualaikum...macam nak sambung cuti lagi untuk 2 - 3 hari lagi aje rasanya...amacam?. Petang tadi che mat menerima kehadiran blogger otai yang memang mantap namanya dikalangan blogger2 personal, blog Bro Framestone di sini. Kalau dulu Bro datang berdua, kemudian datang berdua setengah, dan hari ini bertiga sudah. Tak lama lagi berempat pulak kan bro...haha, enpat tu bukan 'bini2' tapi anak2. Bro sampai agak lewat sikit, takpe..memandu dengan ada anak kecil memang kena berhati2, lambat takpe asal sampai dengan selamat. Bila dah sampai lambat, che mat nak 'tackle' dia orang agar balik lambat pun tak tercapai...kira ni hari bro memang lah (sebenarnya Fisha yang menang), sebab tak sampai 3 jam, kebiasaannya 4 jam lebih sebab che mat umpan dia dengan modal2 berborak yang bro sendiri susah nak tolak...hahaha...

rsz_fisha
Ini lah dia pengarang jantung Bro Framestone dan Iera Khan, macam comel aje, macam kiut aje, macam gebu aje pipi tu kan... Maka dengan rasminya Fisha telah menjejakkan diri ke rumah paktua mat di Sedenak, syukur alhamdulillah. Moga Fisha membesar dengan sihat dan sempurna, diberi kebijaksanaan dunia mau pun akhirat kelak. Dan menjadi anak yang solehah. Terima kasih che mat pada Bro dan Iera yang sudi datang ke Sedenak..


7 comments:

Bro Framestone said...

Moga jadi ank yang pandai memasak dan pandai berborak kalau jumpa paktua mat.

www.broframestone.com

Sis Lin said...

Aamiinn...comeynya Fisha..

Mat, aku je yang dtg uma ko kalah, mesti dtg awal, balik lambat, selagi tak bunyi loceng jam ko bertalu2 selagi tu angkat bontot hahahaha

kkida @ 1001resepi said...

Dah bertiga...:)....cam muka ayah dia aje....comel...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

comelnya Fisya.. nampak gaya pandai membawa diri ni... untung dia, dalam perut lagi dah dapat rasa masakan Pak Cik Matnya, hehehe

Sukma Haron said...

comel jer Fisha...sampai jugak di rumah Che mat....

Nadia Johari said...

gambar yang first anak lebih tertumpu pada makanan..hheeh

Bro Framestone said...

Bila la nak bawa Fisha datang sini lagi ek :)

www.broframestone.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.