AYAM MASAK LEMAK CILI PADI... - Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, January 14, 2014

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI...

rsz_lemak_cili_padi_ayammm
Assalammualaikum, salam maulidur rasul untuk semua umat Islam. Anda masak apa hari ni, che mat masak yang senang2 aje. Resipi yang teramat biasa anda nampak diblog dts ni che mat masak masa Bro Framestone datang Ahad lepas. Tak berkesempatan nak masukkan sebagai entri (tapi kalau tak dijadikan entri pun takpe sebab dah kerap sangat..) Cuma pada pandangan che mat lah, walaupun berpuluh kali entri yang sama, tapi keadaannya tidak sama, maksudnya che mat ada kala tak tetap kan untuk satu2 resipi itu sentiasa terikat. Contohnya untuk masak lemak cili padi kali ini che mat hiris halus daun kunyitnya untuk mendapatkan rasa yang lebih ampuh. Satu yang che mat suka masak macam ni, kuah nya anda boleh gunakan sebagai pencicah lempeng pekak atau roti, semua boleh. Mungkin ada yang dah biasa memasaknya, namun bagi yang tak berapa biasa, che mat share resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), dan tuang santan cair. Masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sesuai juga dihidangkan bersama roti bai, roti canai atau lempeng pekak...Selamat mencuba!!..

14 comments:

  1. Sedap Che Mat....menyelerakan sekali.

    ReplyDelete
  2. Kakak sy tgh buat ni.. Tp xd kentang. Boleh ke.?

    ReplyDelete
  3. baru je buat tadi kat Rochester,NY.. teringin nak makan masak lemak cili api... sedap!!

    ReplyDelete
  4. Lempeng pekak tu cane... Hehe tak pernah dengar..

    ReplyDelete
  5. Tq. Nak msk ayam masak cili api hari nie..
    www.anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Nk cuba la che mat..mkn dgn nasi panas sedap ni..abis la diet

    ReplyDelete
  7. assalamulaikum Che Mat
    TERIMA KASIH ..mmg debommmmmm resepi tu dh buat smlm asben dgn adikbradik mkn b'tambah smua org...cuma sya kurangkn cili tu (tkut pedas) tu abg dh buyi tapi selera jee..hehehehe
    TERIMA KASIH resepi

    ReplyDelete
  8. selalu msk lemak color oren2 skit. cm mne nk bg kuning btol2?

    ReplyDelete
  9. Time kasih untuk resepi..tapi lempeng pekak tu cane?pertama kali demgar ni :)

    ReplyDelete
  10. menu ni antara lauk kegemaran saya dan suami. Saya suka masak lauk ni sebba senang je.

    ReplyDelete
  11. Sdpnya
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Dah try buat,, alhamdulillah suami makan bertambah2.. thanks bg tunjuk ajar... :)

    ReplyDelete
  13. simple ja resepi ni kan.,.sedap plak tu

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.