BEN ASHAARI

Wednesday, December 11, 2013

SAMBAL CILI HIJAU TERUNG PIPIT...

rsz_sambal_terung_pipit
Salam semua, pernah makan terung pipit? Kalau dikampung2 pokok terung pipit atau ada yang panggil terung palembang tumbuh meliar di kawasan2 semak atau belukar. Terung pipit boleh dikatakan popular di kalangan orang melayu kita dan juga orang Thai dalam masakan kari hijau atau thai green curry mereka. Kebiasaannya orang kita, terung pipit dibikin gulai, sambal tumis atau dimasak dengan cili hijau dan ikan bilis tamban. Ada juga yang jadikan terung pipit sebagai ulam. Terung pipit perlu dipetik ketika masih muda untuk mengelakkan ia keras masa dimasa nanti. Bila masak ni teringat che mat pada Kak Jee, yang pernah kami hidangkan menu sebegini masa beliau singgah ke Sedenak satu tika dulu. Resipi yang che mat tulis ni typical masakan orang2 kampung dan apa yang anda nampak dalam gambar tu bukan che mat yang masak, tapi bonda...Air tangan ibu, kalau dia gaulkan nasi dengan kicap sekali pun, lepas tu disuapkan ke mulut kita, masya Allah kalah nasi beriani kesedapannya..itu lah air tangan seorang IBU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan toskan
2 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan buang tulangnya, rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
7 biji cili hijau, hiris
1 camca besar penuh taucho
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1 camca teh pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukka tauco dan kacau rata. Tambah bawang besar dan cili hijau. Masukkan pes asam jawa, belacan yang telah dilarutkan tadi, ikan bilis kembong (toskan) dan terung pipit. Kacau rata.
  2. Masak dengan api sederhana hingga terung pipit lembut. Tambah garam secukup rasa dan serbuk perasa. Masak hingga pekat (kalau terung pipit belum lembut, anda boleh tambah sedikit air panas). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari suka sambal terung pipit ni, lagi pedas lagi sedap CMG!!

ai stalk. ai read. ai digest. said...

omomomo...sodap nyer. =_= Thanks CM bagi idea masakan. Bagi saya yang baru nak bertatih masak2 ni, banyak belajar dari blog ni. =)

Qashmere said...

Tak pernah cuba...menu masakan kampung ke ni??

comfortandblissfullife said...

slu tgk kt pasar jual terung ni.mak cik2 tu ckp msk smbal tp ada pahit sikit. bru hr ni tahu mcm mna nak buat hehehe...tq 4 the recipe
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

Intan Zairina said...

Suka sgt klu lauk2 mcm ni... Lauk kampung...

DESA PERMAI said...

Mana nak dapat terung pipit ni. Dulu masa kecik2 terung pipit ni bersepah-sepah tumbuh kat kampung, sekarang bila dah besar, tak jumpa pulak terung pipit ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.