BEN ASHAARI

Wednesday, December 4, 2013

DONAT SURIA....DI HARI SANG SURIA MERAJUK...

rsz_donat_suria

Lama che mat tak buat donat..kali terakhir buat bila eks....hmmmmm..kena check balik, takpe lah anda tolong check kan yea. Donat yang che mat buat ni bukan asal resipi che mat tapi telah dibuat ramai blogger2 masakan dan bila sorang dah cuba, menjadi dengan elok, maka ia akan dikongsi. Makin ramai yang buat dan kita sebagai blogger bila buat, cuma boleh berterima kasih pada pemberi asal. Yelah takkan nak tulis pada semua yang telah mencuba, buatnya ada 30 - 40 orang blogger masakan dan buat, tak ke kejung jari nak menulis satu2 sambil kasi link sekali. Kadang2 che mat heran juga, bila ada yang terasa kalau kita tak mention pemberi asal resipi. Sebab che mat ambik kat satu blog, maka che mat akan tulis link blog yang che mat ambik tu saja. Dan anda boleh lah masuk blog tu dan baca siapa pemberi asal resipi tadi. Tak jadi masalah kan?...Lagi pun bukan kita 'jual' resipi tu atau buat e-book, nak resipi bank in duit sekian2..

rsz_donat_suria1

Donat suria ini juga sebenarnya punca che mat mula rapat dengan beberapa blogger muda..tapi ni kesah dulu..Bila mereka menyahut cabaran turut membuat donat..alhamdulillah walaupun ada tu sudah kurang aktif berblog, tapi masih berhubung melalui FB. Kenapa che mat suka donat ni, sebab ia cepat dibuat, dan satu lagi ia tidak leh lembik dan menyerap minyak sangat. Bahagian luar donat sedikit rangup tapi dalamnya lembut dan gebu. Cara anda nak hias ikut kreativiti anda, nak salut coklat ke, tau letak keju ke, semua boleh. Tapi che mat suka donat kosong atau disalut sedikit gula kastor. Kalau gula aising che mat tak suka, sebab donat nampak hodoh, bercapuk aje macam pakai bedak sejuk...Ok resipi seperti berikut..anda boleh cuba buat nanti yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar sus tepung
1 1/2 camca besar gula kastor - asingkan 1/4 camca teh
1 1/2 camca besar lemak sayur (vegetable shortening)
1 camca teh instant yeast (mauripan)
1/4 camca teh garam halus
50 ml air suam
100 ml air 
Gula kastor secukupnya untuk menyalut donat

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas kecil, satukan instant yeast, air suam dan 1/4 camca teh gula kastor yang diasingkan tadi. Kacau rata dan biarkan 5 minit atau hingga bancuhan berbuih. 
  2. Dalam mangkuk adnan, masukkan tepung gandum, baki gula kastor, susu tepung, garam dan lemak sayur. Kacau hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan (ada kemungkinan air tidak habis diguna). 
  3. Bulat2kan doh. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Canai doh tadi setebal 1 cm, kemudian terap dengan acuan donat yang telah dicelop dengan sedikit tepung. Alih kan ke dalam dulang yang juga ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap.
  4. Perao 45 minit atau hingga naik 2 kali ganda. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kesemua bahagian. Angkat dan toskan. Kemudian boleh disalut dengan gula kastor atau dihias dengan coklat atau keju. Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

12 comments:

tomato oren said...

hehehee..pastu buat topping mcm donut big apple...

Fiza Lgk said...

Menggoda betul donat Che Mat ni...kena pula dengan kopi O panas, mmg layan.

salwa ya said...

Bestnyer donut..

Makngah said...

Che Mat..kalau buat doh donut ni guna BreadMaker, setting tu sama ke mcm buat doh roti? Terima kasih :-)

~fam~ said...

Assalamualaikum.
Macam senang je cara buatnya. Kena try ni. Terima kasih Che Mat.

Tapi Che mat, sus tepung tu apa ye?

Farhain Azmi said...

Eh, saya pun baru try buat donut hari ni.. hehe. baru perasan entry terbaru che mat pun pasal donut juga..

Jemput baca
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2013/12/donut-kampung-nan-gebu.html

Mat Gebu said...

@ makngah - saya rasa makngah guna setting untuk uli doh saja,tapi kan sebab donat ni tak perlu nak perap dulu, jadi makngah kena jaga lah, bila habis aje proses menguli, terus keluarkan dari BM dan canai, lepas tu terap...sebab kalau biarkan dalam BM nanti kan dia automatik perap doh tu...

Makngah said...

Ok..terima kasih Che Mat :-)

Hazida Abd razak said...

cantiknya rupa donut CMG ni.... harus cuba buat jgk ni, byk kali dah saya try resepi dari CMG, mcm soto dgn ayam ungkep, menjadi dan sedap....... :)

Nani said...

Che mat, kalau guna adunan ni utk buat donut ball bole ke

Nani said...

Bole guna adunan ni utk buat donut ball ke

Fazlina Samsuddin said...

Alhamdulillah...yeay nak buat esok..TQ Che Mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.