ASAM PEDAS AYAM ALA JOHOR...

rsz_asam_pedas_ayam_ala_johor
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat menerima kunjungan tetamu lagi. Alhamdulillah..., plan asal nak cuti masak tapi adat lah kan bila ada tetamu tak sikit banyak kenalah jamu apa yang ada, pakkal 'jiran' che mat kat Salak Tinggi kalau tak aku suruh dia cuci ayam atau siang ikan. Dan sebab masa yang agak terbatas, che mat cuma sempat masak asam pedas ayam ala Johor, kangkung belacan, telur dadar dan sotong goreng sama kacang buncis. Sebabkan yang lain2 tu amat biasa dan kalau ikutkan asam pedas ayam ni pun dah biasa sangat di blog ini, tapi masih ada yang tanya pasal asam pedas ayam yang kebanyakkan orang2 Johor sahaja yang masak, maka che mat share kan di sini. Cuaca dingin2 macam ni bess juga makan asam pedas ayam sama nasi panas tau roti, kalau tak nak makan dengan roti apa kata cuba makan sama mi laksa, mesti 'sesuatu' sangat, betul tak..ok lah jomm che mat kasi tulis resipi, cukup mudah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ayam, dipotong pada saiz sederhana
2 senduk nasi cili kisar
2 batang serai, diketuk
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 camca besar pes asam jawa
2 biji terung ungu, kerat 2, belah 2 setiap keratan, rendam
15 biji tomato ceri
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci kemudian gaul dengan 2 camca besar tepung gandum, gaul rata dan perap 10 minit, kemudian bilas dan cuci bersih, toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan ayam, gaul dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih hingga ayam empuk. Masukkan daun kesom dan bunga kantan. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Tambah terung (toskan) dan masak hingga terung lembut. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

2 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.