BEN ASHAARI

Saturday, November 23, 2013

SOTONG TIN TUMIS HALIA...

rsz_sotong_tin_goreng_halia
Salam semua, ada yang heran kenapa lah che mat ni kerap sangat masak sotong dalam tin, kejap sambal tumis sotong tin, kang sotong tin masak kicap, yang ni pulak sotong tin tumis halia. Sebenarnya che mat alah makan sotong segar, kalau makan nanti gatal, jadi macam seram nak makan, tapi bila makan sotong dalam tin, alhamdulillah, ok pulak, tak gatal, menten aje. Jadi che mat pun guna lah sotong dalam tin untuk masak. Ini satu hidangan yang cepat dan kalau anda kesuntukkan masa, sotong dalam tin pilihan tepat. Nak pelbagaikan pun boleh, tapi paling ringkas, masak macam che mat tu. Kalau ada kacang panjang atau kacang buncis, masukkan sekli, nak pedas, nko henyakkan cili padi 4-5 butir, kasi masuk, kan senang. Makan dengan nasi panas2 tak yah lauk lain dah. Ada juga yang tanya che mat, sotong tin jenama apa yang che mat guna, selalunya jenama REX saja yang pernah jumpa, jadi guna yang tu aje, tin dia kaler oren. Harga sekitar RM 8.50 - RM 10.90 bergantung pada kedai yang menjualnya....Ok, jomm kita memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sotong dalam tin jenama 'REX'
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 biji lada merah, hiris serong
1 biji lada hijau, hiris serong
12 tangkai kacang buncis, kerat pendek
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan sotong dari kuahnya, sotong dipotong pada saiz sederhana. Ketepikan. Dalam kuali, panaskan minyak (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili merah dan hijau. Kacau rata.
  2. Tambah sotong, kacang buncis dan bawang besar. Gaul rata dan tuang kuah sotong yang diasingkan tadi. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan sedikit garam, jika perlu. Masak hingga kacang buncis dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangan bersama nasi putih dan sambal belacan.


5 comments:

Kjee said...

Kita sekapal Che Mat. Kjee sentiasa ada setin sotong ni dalam pantry.. untuk saat2 kecemasan. Hehehe.

Muhammad Khairuddin Lim said...

mesti sedap...nak cuba.

cikNor said...

hurmm...boleh la try jugak.sebenarnya xpenah mkn lg sotong dlm tin...lps ni blh lah buat stok time kecemasan kot (^_^)

@izY@N said...

ada ye sotong dalam tin?? x pernah dengar plak .. hmm nak kena cari ni

Qashmere said...

Lain dari yang lain.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.