BEN ASHAARI

Monday, November 18, 2013

SAMBAL TUMIS TELUR PENGANTIN...

rsz_sambal_telur_rebus
Salam semua, errr..alaa...bersememeh aje sambal tu, tu lah kadang2 che mat malas nak ambik gambar kalau dalam masa yang sama perlu uruskan hal lain, apa2 kena cepat..dan hasilnya...arghhh!!...tak puas hati....hmm takpe lah memandangkan hari ni che mat takde masak apa sangat, jadi letak lah sambal tumis telur pengantin. Kan sekarang ni musim orang kawen, semala che mat ke Batu Pahat, rumah seorang kenalan yang mengadakan majlis perkahwinan adik beliau dan dapat telur pengantin okehh....2 biji...hehe, haaaa..tu sapa mula fikir bukan2 tuhh..grrr..Dan kat rumah pulak ada 3 biji telur pengantin, jadi 2 + 3 jadi berapa?...Pandaii...maka 5 biji tu che mat masakkan sambal tumis. Korek2 dalam freezer ada pulak sotong kembang, tapi saiz dia kecil aje. Sebab che mat dah biasa derhaka resipi, maka ku masukkan sotong tadi ke dalam sambal tumis...kan kita yang buat dia, betul tak. Jadilah sambal tumis telur pengantin seperti anda nampak kat atas tu..meriah you!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur rebus, kupas kulitya
1 ekor sotong kembang saiz kecil
1 biji bawang holland, potong bulat dan leraikan
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Potong kecil sotong kembang tadi dan rebus selama 2 minit, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah sotong dan telur rebus. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (yang ni terpulang samada anda nak sambal manis atau kurang manis). Kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, lempeng, ubi rebus atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..


6 comments:

greetingsfromengland said...

indonesians kat sini suka masak sambal tumis telur, tapi guna cili merah fresh. yours look truly delicious!

Gieyana said...

Nmpak best bila tgk pics tu..:-)

qaseh dalia said...

telur pengantin mana pcm amek ni hahahaha
sedap nyeee .. gulpp

cik muntel said...

Sedapnye... kalau Mun selalu buang je telur pengantin tu. Kalau cam gini ada le ideanya.... tq mat gebu!

kakchik@ella said...

cik mat ni kannnn .. masak apa pun nampak sedap. Tu baru nampak .. kalau rasa confirm la tersangat lah sedap, kannn.

Keladi Betawi said...

kenapa campur halia yekk??? selalunya tak de kan. in shaa Allah nnti cuba ngan halia nak rasa beza dia... tq cm
Nor

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.