Assalammualaikum...salam semua. Hari ni Selasa kan?...grr, boleh che mat ingat Rabu, hadoi, kenapalah si mat tu.. Anda makan apa ni hari?..Che mat masak rendang ayam Kelantan. Dan resipi che mat dapat dari blog Puan Fauziah Abdul Samad atau lebih dikenali dikalangan blogger dengan nama Kak Jee, di sini. Dah banyak kali juga che mat jeling2 resipi rendang ayam Kelantan ni, macam sedap aje, macam bess aje...macam nak buat aje.. Dari asyik 'macam-macam' manjang, maka hari ni che mat rajinkan diri untuk membuatnya. Bukan nak kata apa rendang ini antara termudah untuk dibuat dan bahan2nya pulak tidak banyak. Bagi che mat lah kan, tiada alasan 'tidak' kalau anda nak cuba membuatnya....
Che mat gunakan ayam pencen atau ayam tua untuk rendang ini. Tapi dalam resipi nanti, che mat tulis ayam biasa lah yea. Kalau anda guna ayam pencen dan untuk mempercepatkan proses memasak, bolehlah anda buat menggunakan periuk tekanan, kemudian keringkan dalam kuali hingga rendang kering (atau tidak berapa kering, kali nak cicah pulut kuning ke, elok rendang yang basah2 sikit). Bagi yang suka pedas, boleh tambah cili padi, sebab Bak tak boleh makan pedas, che mat hanya guna cili merah hidup sahaja. Ok, jom kita lihat resipi dan terima kasih che mat pada Kak Jee, sudi berkongsi resipi rendang ayam Kelantan yang mudah, cepat dan sedap nih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1.4 kg), dipotong pada saiz sederhana
15 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup (che mat tambah)*
10 biji cili merah*(*dikisar halus)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai)
4 batang serai, diketuk
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor (che mat tambah)
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar halus. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
- Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
- Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa (seperti nasi minyak, beriani dan sebagainya), nasi impit dan ketupat...Selamat mencuba!!.
14 Comments
che mat, apa beza rasa rendang ni dengan rendang biasa?
ReplyDeletemacam sedap je kan...ringkas jugak resepi nya..jarang wat rendang lepas nie boleh cuba
ReplyDeleteAlaaaahh, aiii tau la aii x mampu beli periuk tekanan...so gunalah ayam dara...sekejap jer masak kann...kan....hehehe
ReplyDelete@ABM - hmm xceli pada che mat rasa dia macam masak lemak cili padi yang kita masak sampai kering...tapi sedap dan rasa dia lebih 'lite' dan tidak membebankan dengan rasa rempah ratus terlampau kuat..
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaa... yang ni Kak Sari menang ni sebab Kak Srai dah buat dulu dari Che Mat, hehehe.. tapi bab presentation, memang tak bleh lawan Che Matlahhh, hihihi...
ReplyDeletehttp://sariyusa.blogspot.com/2012/03/rendang-ayam-kelantan.html
ketupat,pulut kuning,lemang..walaaaa.....makan mcm tu pun sedap ja rendang ni
ReplyDeleteCM nmpk mmg sedap nnti bolelah dicuba...
ReplyDeleteNampak ada kelainan bila x guna rempah kari. Tq sudi kongsi resepi cm , jemu juga asik mkn rendang biasa
ReplyDeletehaaa baru je lepas tgk blog akak fauziah .. bila leh rasa ni pulak ekeke
ReplyDeleteerrr...
ReplyDeletecik mat...ingat ayam yg beli kat kelantan....kikikiki
Cam best jerrr
ReplyDeleteMacam sedap. nak cuba buat ni. Terima kasih Che Mat
ReplyDeleteNatrah Mohamed :)
Sedapppnya....nak cuba laa buat rendang raya haji ni..hihi..
ReplyDeletenice blog...
Follow back..ariedawanda.blogspot.com
Menyelerakan! Mohon share resepi ni ye admin..
ReplyDeleteJemput ke blog saya :
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)