BEN ASHAARI

Tuesday, November 12, 2013

SAMBAL KERING TEMPE, KENTANG DAN IKAN BILIS...

rsz_sambal_kering_tempe_kentang_dan_ikan_bilis
Hmmmm, sedapnya makan sambal kering tempe, kentang dan ikan bilis ni, tapi ia tidak lah kering sangat, masih lembap2 sikit. Jumaat lepas che mat ada beli tempe, dalam RM 2, kurang lebih 8 keping, tempe bungkus daun. Memang plan nak bikin sambal macam ni, tapi atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan, che mat terlupa pasal tempe tu..huhu, nasib baik masih elok dan putih melepak. Jadi cepat2 che mat 'on' kan projek buat sambal ni. Tak susah mana buat dia senang saja, selain tempe, che mat guna 3 biji kentang saiz sederhana dan 1 genggam ikan bilis (sebab guna ikan bilis 'nasi' ia kurang kelihatan dalam gambar). Sambal ini boleh tahan lama juga, tapi rasa che mat tak sempat nak tahan lama dah habis licin, tu bagi mereka yang gemar sambal macam ni. Resipi dalam kategori senang dibuat...Jomm che mat share..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 keping tempe (yang bungkus dengan daun)
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis, dibersih, rendam sekejap
2 senduk nasi cili kisar
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
2 camca besar cuka makan (JALEN)
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris halus, kemudian digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan hiris kecil dan goreng hingga perang, angkat dan toskan. Ikan bilis toskan, perah hingga kering dan goreng hingga garing. Angkat, dah toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa, Kacau rata dan bila sambal berubah warna, masukkan tempe, kentang dan ikan bilis, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda suka manis sedikit, rasa sambalnya dahulu, sebelum anda masukkan tempe, kentang dan ikan bilis dan jika perlu tambah gula. Anda boleh toskan minyaknya jika sambal yang telah siap kelihatan terlampau berminyak... Selamat mencuba!!..

14 comments:

mami said...

Assalam CM..

Nak tanya...cili kisar tu cili boh (cili kering yang dikisar) atau cili api / basah yang dikisar?

Thank you...

Farid NZ said...

Wow... sedapnye!! Thanks for sharing the recipe. InsyaALLAH saya akan cuba resepi ni. Terbaik!!

m zubir jusoh said...

Kegemaran sekeluarga niii ....

m zubir jusoh said...

Kegemaran sekeluarga niii ....

Zuliana Hamdan said...

As salam..blog yang menarik & resepi yang menyelerakan..klau x keberatan jom lawat & follow blog saya http://supplementlovers.blogspot.com kita exchange link..Tq :)

Nadya Bubble said...

Favourite !

Pendekar Berkuda said...

Tengah2 lapar gini la kemaruk nak cari penyakit tengok entri masakan...

huwaaaarrrgghhh...

Jujue Ahmad said...

Sedapnya tempe ni cikmat.. Memang feveret Jue ni lagi sedap dimakan dgn nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup..

ayam kmp said...

Makan nasi lauk ni dengan telur goreng dah cukup sedap ni.

Roses_Leo09 aka Hanim said...

yummy yummy .... emmm..... sedapnya che mat .....

Farisya Anastasyia said...

sEDAPNYA...TERGUGAT IMAN TGK CHE MAT MASAK :)

suraya said...

Mmg marvellous....dan saya suka tanbah bwg besar yg dihiris bulat2

suraya said...

Mmg marvellous....dan saya suka tanbah bwg besar yg dihiris bulat2

Nita Yusof said...

bpa lame yaaa blh tahan..kalu kita nk buat hntr pda owng jauh..lbih kurng 4 5 hari perjlnan persmpanan blh tahan x....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.