BEN ASHAARI

Thursday, October 3, 2013

RAHSIA POPIA PISANG....SHHHH!!!....

rsz_popia_pisang
Salam...entri termudah che mat nak share dengan anda petang ini, tapi rasa dia...hmmm serius sedap dan sedap dan penuh 'rahsia'. Dah lah tu senang sangat2 nak disediakan, tak payah tulis resipi pun boleh. Kalau tengok gambar pun anda dah boleh bikin sendiri. Popia pisang ni bukan apa sangat, hanya pisang masak ranum, anda gulung dengan kulit popia lepas tu goreng. Tapi kalau anda lebih berani, boleh cuba tabur keju atas pisang tadi sebelum anda gulung kemas. Kena gulung kemas2, kalau tak nanti masa goreng dia pecah dan madu pisang keluar dan ini menyebabkan popia pisang berminyak dan minyak akan meletop2. Guna api sederhana sahaja dan dibalik2kan selalu agar masak sekata. Che mat guna pisang emas yang bersaiz comel. Kalau anda guna pisang embun atau pisang montel, kenalah kerat dua atau guna kulit popia bersaiz besar. Ini satu idea untuk anda menghabiskan saki baki pisang kalau dah jemu nak makan apam pisang, kek pisang atau cekodok pisang...Jangan lupa cuba nanti ok...Hmmm apa pendapat anda tentang entri ini...patut ke tak?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 biji pisang emas
8 - 10 keping kulit popia
Secubit garam halus
4 camca besar gula aising*
1 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*gaul rata)
Ais krim vanilla secukupnya
Colat urai (chocolate rice) secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas kulit kemudian gaul dengan sedikit garam halus (tujuan nak kasi pisang tu rasa lemak2 sikit). Ambil sebiji pisang dan bungkus dengan sekeping kulit popia (keadahnya sama macam anda buat popia), basahkan hujung kulit popia dengan air atau putih telur, dan gulung kemas. Buat hingga siap untuk baki pisang dan kulit popia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng popia pisang tadi (che mat goreng 5 biji sekali) dan balik2kan agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas kitchen paper towel. Bila sejuk, alihkan ke dalam pinggan.
  3. UNTUK MENYEDIAKAN :- Ambil popia pisang tadi (che mat guna 2 - 3 biji satu hidangan), kerat dua setiap satu (atau terpulang pada style anda). Ayakkan sedikit gula aising + serbuk kulit kayu manis atasnya (che mat hanya taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis aje). Cedokkan aiskrim vanilla, taburkan sedikit coklat rice dan hidangkan segera....Hmmmmmm, nak cerita pun malas..shhhhh!!...makan diam2 sudah..

18 comments:

umishas said...

dapnye che mat....

Nizam Ijam said...

terliur tengokkkkk

fazianbatrisyia said...

sangat teringin nak buat dari dulu...tapi tak terbuat2...kulit popia byk dlm fridge...aritu konon nak buat popia nestum...

amirah said...

simple dessert. memang sedap ni..rasa manis2 masin

sentebale-hk said...

Che mat..thanks utk idea yg best ni. Laju2 sy buat utk minum petang td.
Sy tambah keju ..ohsem sgt rasanya makan dlm hujan2 ni.

s a r a h said...

Seriousss sedap....mmg takle benti makan..lemak manis lazat berkrim..makan tengah panas2..

.*.WiE.*. said...

Sedap tu.. bila Che Mat kata boleh letak keju.. teringat pula pisang keju.. boleh dicoba ni..

Mummy Aida said...

Salam Cik Mat,
Mummy memang gemar pisang, like it sooo much. Nak Cuba lah this weekend... TQ :)

Cindy Wilfred said...

sangat2 kreatif!!..mesti cuba ni. Terima kasih sudi share resipi. Cik Mat mmg awesome!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nak cari pisang... nak cari pisang...

zana fahmi said...

curah coklat kat pisang tu pun sedap Mat...ish..mat ni buat kakpb nak beli pisang lepas ni.

emy pokden said...

ahhh..sedapnyer...nyum2..

O'gosh Iskandar said...

konfom saya akan cuba

Maria Jaberi said...

yummss...kalau ngan sos coklat pun sedap...

nea lopah said...

sedapnye...bole cuba ni.

akmall said...

Encik Mat!!! makasih sebab komen kat blog saya eyh... *malu rasa... *tersipu2...

Inspire Boutique ..SZI said...

sedapnya..

sujaihah said...

Ringkas dan mudah! Nanti boleh buat aktiviti dengan anak-anak :-), kadang-kadang kering juga idea nak ajak anak-anak ke dapur. So rasa yang ni memang ok. Harus try nanti.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.