rsz_popia_pisang
Salam...entri termudah che mat nak share dengan anda petang ini, tapi rasa dia...hmmm serius sedap dan sedap dan penuh 'rahsia'. Dah lah tu senang sangat2 nak disediakan, tak payah tulis resipi pun boleh. Kalau tengok gambar pun anda dah boleh bikin sendiri. Popia pisang ni bukan apa sangat, hanya pisang masak ranum, anda gulung dengan kulit popia lepas tu goreng. Tapi kalau anda lebih berani, boleh cuba tabur keju atas pisang tadi sebelum anda gulung kemas. Kena gulung kemas2, kalau tak nanti masa goreng dia pecah dan madu pisang keluar dan ini menyebabkan popia pisang berminyak dan minyak akan meletop2. Guna api sederhana sahaja dan dibalik2kan selalu agar masak sekata. Che mat guna pisang emas yang bersaiz comel. Kalau anda guna pisang embun atau pisang montel, kenalah kerat dua atau guna kulit popia bersaiz besar. Ini satu idea untuk anda menghabiskan saki baki pisang kalau dah jemu nak makan apam pisang, kek pisang atau cekodok pisang...Jangan lupa cuba nanti ok...Hmmm apa pendapat anda tentang entri ini...patut ke tak?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 biji pisang emas
8 - 10 keping kulit popia
Secubit garam halus
4 camca besar gula aising*
1 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*gaul rata)
Ais krim vanilla secukupnya
Colat urai (chocolate rice) secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas kulit kemudian gaul dengan sedikit garam halus (tujuan nak kasi pisang tu rasa lemak2 sikit). Ambil sebiji pisang dan bungkus dengan sekeping kulit popia (keadahnya sama macam anda buat popia), basahkan hujung kulit popia dengan air atau putih telur, dan gulung kemas. Buat hingga siap untuk baki pisang dan kulit popia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng popia pisang tadi (che mat goreng 5 biji sekali) dan balik2kan agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas kitchen paper towel. Bila sejuk, alihkan ke dalam pinggan.
  3. UNTUK MENYEDIAKAN :- Ambil popia pisang tadi (che mat guna 2 - 3 biji satu hidangan), kerat dua setiap satu (atau terpulang pada style anda). Ayakkan sedikit gula aising + serbuk kulit kayu manis atasnya (che mat hanya taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis aje). Cedokkan aiskrim vanilla, taburkan sedikit coklat rice dan hidangkan segera....Hmmmmmm, nak cerita pun malas..shhhhh!!...makan diam2 sudah..