BEN ASHAARI

Monday, October 28, 2013

BILA BLOGGER 'MUDA' BERTEMU CHE MAT GEBU..

Assalammualaikum...entri penghargaan ini che mat tulis sebagai ucapan terima kasih pada blogger2 muda yang sudi datang ke pondok che mat di Sedenak semalam. Ada yang che mat pernah jumpa (mereka pernah datang) dan ada yang pertama kali che mat jumpa secara 'hidup' walaupun sebelum ini kerap kali bertegur sapa di FB atau pun IG. Gambar atas tu sebagai lokasi wajib blogger bergambar dan antara mereka ialah Shawn Razaleigh (budak kaca mata), Mawardi Yunus (klasiknyaa namaa!!), Syahir (tauke besar nih)..dan yang duduk, Mieza (tudung hitam), Qaseh (yang pegang tiffinbiru) dan Iffah (pose nampak gigi..terasa che mat)...mereka ni blogger2 muda yang banyak idea...errrrr...apa eks idea tuu?...hadoi tak ingat dahh...

Dan...bila dah datang dari jauh2 tu takkan lah takde sesi makan2 yea tak. Che mat masak yang biasa2 aje, dan serius cakap ni, che mat bukan lah pandai sangat masak, setakat masak biasa2 insha Allah lah, kalau nak sama macam hotel, memang takde lah, sebab che mat dok kampung aje..pendalaman pulak tuu. Hidangan yang amat2 simple..Gulai ikan tongkol, sambal sotong tin, ayam masak semur, sayur campur goreng sama daging..lepas tu ada lah kek coklat kukus lapis cheese yang dimakan bersama ais krim vanilla (seperti entri sebelum ni), popia dan pavlova (yang tu esok eks entri dia)...simple2 saja...

Ohh yea dalam masa sama yang menjadi bahan untuk bergambar dah tentu "diri" tuan punya blog tiffinbiru itu sendiri...ehh bukan che mat yea..tapi tu ha yang Mieza dan Qaseh pegang tu, habis ter'noda' dah..haha. Pada mereka2 semua che mat ucapkan terima kasih amat sangat. Bersusah payah datang dari jauh...errr..dari Putrajaya kan?...Maklumlah dah tua, tak berapa nak ingat...Jika ada terkasar bahasa atau terlanjur kata. pcm mintak maaf.....ada yang datang meninggalkan jejak...ada yang datang bertanya khabar dan ada yang datang meninggalkan kenangan.....Terima kasih....

17 comments:

Iffah Afeefah said...

Eeee gg tu xsengaja oke

ade y nk dikakikan ni lol

Mawardi Yunus said...

terharu ngn che mat... terima kasih sudi terima dan sambut kunjungan kami dengan begitu meriah .. tq tq tq. hehehehe :)

qaseh dalia said...

Terima kasih sgt buat pcm yg sudi melayan karenah kami ... makanan sedap sgt ♥♥♥♥ kedua kali sudah hehe insyaAllah nnt ketiga kali pulak haha ... ;')

Mk Syahir said...

terima kasih banyak-banyak pakcik mat tersayam. tak serik untuk datang lagi dan lagi..tunggu untuk kunjungan kesekian kalinya nanti..In Shaa Allah..

PCM masak memang awesome dan sodap!!

Lynn Munir said...

Untungnya dapat berkenalan dengan siempunya tiffinbiru. Tak mau undang blogger-blogger lain ke Cik Mat ?

Nurmujahidah Ismail said...

untunglahhhh,,, best laawwwww

mujadafewa.my

Sukma Haron said...

teruja kalau dapat jumpa Che Mat, nak tengok cara che Mat masak nanti....tapi bila.....?

Yan Ty said...

PCM , this is my promise as before. Ty akan pergi juga jumpa PCM one fine day. Ty de hal xdapat ikut rombongan meminang dierorg ritu. So sorry. Really disappointed and nak sgt jumpa. dari tahun 2011 nak jumpa da ja halangan. haihs... harap nanti kita dapat bersua juga , in sha Allah.

Juhariah Johari said...

Moga ukhwah terus terjalin.
Bestnya jumpa sdr mat!

Yana Sakura said...

Bestnyer dapat jumpa Pakcik Mat dan rasa masakan PCM!!

Lama da nak rasa masakan PCM..InsyaAllah suatu hari nnt nak jmpa PCM :D

Yana nak try laksa johor yg pure dr Johor xjmpa2 ag..nnt Pakcik Mat buatkan bole? Hehehe...

Yang jumpa mcm laen jew..Huhu =)

Farisya Anastasyia said...

menanti untuk bersua.InsyaAllah panjang umur kita pasti bersua :)

aDisH.sHidA said...

Nasib baik xde asam pedas.hehe...mana yg g sedenak mmg akan tgl kenangan punya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nak tunggu entry rombongan meminang CMG plak, hihihi

JunAina said...

Tetamu tu bawak rezeki te CMG...Alhamdulillah depa hepi tuan rumah pun seronok je...

ameris said...

bestnya bila jumpa blogger ni.

#ala cik mat tak tua mana ponn...sebaya saya jek.

Shawn Razaleigh said...

Terima kasih banyak2 PCM. betul punya seronok n sedap.

Nanti nak jumpa lagi. :p Awrrrr

Kongsi ArtikelBlog said...

nampak mesre je.. mesti la sedap kalau legend pakcik mat gebu masak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.